Connect with us

Viral

“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencvri!” – Wanita ditudvh kutip pokok Floria, mujur anak muncul kongsi resit!

Published

on

FESTIVAL mempamerkan pelbagai spesis bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjutkan berikutan sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Namun, apabila peluang masuk ke pameran diberi secara percuma, ada pula individu yang didakwa mengambil kesempatan dengan membawa pulang pokok-pokok hiasan tanpa izin.

Lebih membangkitkan kem4rahan netizen apabila seorang individu berkongsi sekeping foto menunjukkan sekumpulan pengunjung mengambil pokok-pokok berkenaan pada Rabu.

Ciapan asal di Twitter.

 

“Orang tak habis lagi melawat Floria tu, kamu semua dah start kutip pokok bunga bawak balik,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Malah, dikatakan bahawa pengunjung yang mengambil bunga tersebut sebagai golongan berkemampuan setelah melihat pada kenderaan mewah dinaiki mereka.

Tegasnya, pengunjung tersebut tidak memahami akan konsep pameran percuma.

“Nak kata perangai B40, kamu naik Estima.

Free entry, bukan free pokok bunga,” katanya lagi.

Berdasarkan gambar dikongsikan lelaki itu, kelihatan seorang wanita sedang memasukkan beberapa pokok ke dalam but kereta.

Hantaran asal bagi ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi dan perbalahan dalam kalangan netizen di Twitter.

“Benda ni berlaku dari floria dulu lagi. Penganjur dah lama sound. Setiap kali buat setiap kali sound tapi entahlah. Rakyat jenis pekak tuli dan buta hati.

“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencuri! Meluat betul. Tersangat kecewa orang tiada common sense, selfish, dan tiada kesedaran kendiri.

“Geramlah. Makin lama ada saja wakil yang akan tunjuk perangai macam ni,” komen netizen.

Anak kepada makcik yang mencvri tampil dengan kenyataan ibunya tidak mencvri.

Bagaimanapun, seorang pelayar tampil mendakwa dia merupakan anak kepada wanita itu dengan menyangkal dakwaan dibuat.

Jelas lelaki itu dalam membela ibunya, kenyataan menudvh si ibu mengambil pokok di festival tersebut merupakan tudvhan melulu tanpa usul periksa.

“Woi ni mak aku. Mak aku beli pokok yang dijual dengan resit lagi bukan main kutip saja.

“Hangpa semua memang b*b* mulut puaka tak ada insurans. Tanpa tanya terus nak conclude,” kata lelaki tersebut.

Selain menjelaskan perkara itu demi menghentikan tanggapan buruk pada ibunya, lelaki ini turut membuat satu hantaran lain menunjukkan resit pembelian 25 jenis pokok tersebut dengan harga RM150.

Semakan di ruangan komen mendapati netizen mula mempercayai bahawa pokok itu dibeli dan meminta agar lelaki ini menyam4n atau membuat laporan polis terhadap lelaki yang menyebar berita tidak betul itu.

“Dah boleh buat kes saman dah ni. Boleh dapat lebih dari jumlah beli pokok tu siap boleh lebi banyak lagi lepas ni.

Resit pembelian sebagai bukti ditunjukkan oleh si anak.

“Kalau betul ni legit dan benar sebenar-benarnya, saman saja yang sebar fitnah tu. Tangkap layar semua ciapan dia, Tweet asal dan tweet keras kepala pada replies lain. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” balas netizen di ciapan itu.

Untuk rekod, ciapan lelaki ini membela ibunya telah diulang kicau lebih 8,000 di Twitter dalam masa satu jam setelah dimuat naik.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral

Suami Menangis Masa Malam Pertama, Isteri Bisik Tanya Kenapa Rupa- Rupanya Sebab Rindu Emak!

Published

on

By

Setiap pasangan mesti ada pengalaman yang lucu pernah berlaku sewaktu baru sahaja dihalalkan mahupun sepanjang berada dalam alam perkahwinan. Tidak kisahlah apa yang berlaku, akhirnya ragam lucu itu bakal menjadi kenangan yang terindah buat pasangan suami isteri dan akan tersimpan untuk disingkap kepada anak cucu.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang isteri yang berkongsi kisah lucu berdepan dengan ragam suaminya di dalam bilik dan difahamkan ia berlaku semasa malam pertama.

Suami menangis masa malam pertama, isteri bisik tanya kenapa rupanya rindukan emak!

Sebuah video berdurasi 53 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang suami yang secara tiba-tiba menangis sewaktu malam pertama.

Video:

@sfitmly

Beginilah nikah sama anak tunggal satu satunya 😂😭

suara asli – Fittt – Fittt

Pada awalnya, si isteri atau dikenali sebagai Fitria itu pelik dengan suaminya yang menangis dan mengesat air matanya beberapa kali. Bila ditanya kenapa, rupanya si suami merindui ibu tercinta yang akhirnya terpaksa berpisah jauh dan tinggal bersama isteri. Comel je!

 

“Beginilah nikah sama anak tunggal satu-satunya.”

Menerusi video itu juga dapat didengari Fitria ketawa mendengar jawapan suaminya dan menganggap ia bakal menjadi kenangan yang lucu sampai bila-bila.

Netizen sekali terhibur, siap minta isteri hantar suami balik rumah ibunya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat manja suaminya yang tak ubah seperti anak kecil yang kesedihan ditinggalkan sendiri saat pertama kali dihantar ke asrama.

Ada juga siap minta hantar balik lelaki tersebut ke rumah ibunya bagi mengubati kerinduan yang terpendam itu. Hahaha macam-macam netizen!

Mesti suami Fitria hatinya lembut juga….Semoga pasangan ini sentiasa berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat…

Sumber : Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Viral

“Lain kali fikir dua kali…” – Telefon Kena Curl, Mekyun Terus Bawa P0lis Pergi Rumah Pcurl Lepas Dapat Kesan Lokasi

Published

on

By

Telefon antara barang berharga pada zaman kini dan ada banyak maklumat penting yang disimpan di dalam setiap telefon pintar seperti maklumat perbankan dan peribadi. Baru-baru ini pula, Tik Toker terkenal iaitu Mekyun mengalami detik cemas apabila kehilangan telefon miliknya itu.

Menurut gadis berbangsa Cina itu, dia berjaya mengesan di manakah lokasi telefon pintarnya itu selepas beberapa hari kehilangannya. Sebaik sahaja mendapatkan lokasi tersebut, Mekyun bergegas ke tempat itu bersama-sama pihak polis untuk mendapatkan semula telefonnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Mekyun tiba di sebuah kediaman bersama beberapa anggota polis. Turut dapat dilihat, sebuah kereta peronda polis yang berada di hadapan rumah tersebut di mana dua anggota polis sedang memanggil suspek yang berada di dalam rumahnya.

“Phone Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kesan lokasi. Memang silap orang lah dia nak curi telefon.”

Difahamkan, telefon tersebut diserahkan semula oleh pencuri sebaik sahaja dia melihat ketibaan pihak polis di tempat tersebut. Dalam masa yang sama, Mekyun turut menasihati orang ramai untuk berfikir panjang sebelum mengambil hak milik orang lain terutamanya telefon pintar yang menjadi barang penting pada masa kini.

“Lain kali fikir dua kali sebelum awak nak curi telefon orang okay?”

Mekyun turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang membantunya sepanjang proses tersebut sehinggalah mereka akhirnya berjaya mendapatkan semula telefonnya.

Sekadar informasi, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee terkenal di media sosial selepas memuat naik video bercakap dalam dialek Kelantan.

Mekyun merupakan antara influencer yang aktif di aplikasi TikTok dan Instagram kerana sering berkongsi pelbagai jenis kandungan video kreatif sama ada tentang dirinya, keluarga mahupun kisah-kisah anak muda masa kini.

Setakat ini, Mekyun telah mempunyai jumlah pengikut lebih 200,000 di Instagram manakala di aplikasi Tik Tok pula, pengikutnya telah pun mencecah hampir 650,000.

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading

Viral

[VIDEO] ‘Tidak Ada Background Formal Pengajian Agama, Ustazah Siti Afifah Sebar Kenyataan Mengelirukan’ – Amin Idris

Published

on

By

Nama penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah belum lagi surut di media sosial selepas mendakwa golongan suami ‘dayus’ kerana membiarkan kemaluan isteri dilihat oleh doktor lelaki ketika bersalin.

Dayus ini d0sa besar

Topik hangat itu turut menarik perhatian penceramah motivasi, Amin Idris untuk mengupas di akaun TikTok. Menerusi video yang dimuat naik, Amin mendakwa Siti Afifah tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.

Kata Amin, orang ramai perlu berhati-hati kerana dakwanya Siti Afifah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.

Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.

Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar.

Doktor O&G tak ramai

@iamaminidris Jangan mudah ‘mendayuskan’ orang. Claim diri sebagai ustazah tapi bercakap denhan kejahilan #tazkirahironman ? original sound – iamaminidris

Selain itu, pengacara tersebut menekankan dalam prinsip perubatan ada hukum umum dan pengecualian.

Tegasnya, doktor lelaki menguruskan wanita bersalin diklasifikasikan sebagai darurat kerana ada dua nyawa penting yang perlu diselamatkan.

Soalannya adakah betul itu dayus? Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.

Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan.  Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.

Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu.

Bila kita baca lebih sikit, bercakap atas landasan ilmu dan fakta, kita tak akan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan.

Dalam pada itu, Amin, 41, berkata, tidak ramai wanita yang mampu memikul tanggungjawab sebagai doktor Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang banyak.

Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.

Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.

Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap.

Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat!

Sumber: TikTok @iamaminidris

 

Kredit: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.