Connect with us

Viral

Dulu k0ngsi sebiji telur sehari, kini ada 5 klinik! Doktor tak teragak tunai hasrat isteri sambut anniversary di Makkah

Published

on

BAGI sebahagian besar pasangan suami isteri, meraikan hari ulang tahun perkahwinan adalah satu perkara yang wajib disambut setiap tahun.

Lazimnya, pasangan memilih untuk menikmati makan malam romantik (candle light dinner), berbulan madu, memberi hadiah dan pelbagai lagi cara untuk menghargai pasangan masing-masing.

Bagi seorang doktor yang begitu dikenali di Facebook, Dr Ahmad Samhan, ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 adalah yang paling istimewa kerana dapat menunaikan impian isterinya, Dr Rushaida Zabidi.

Bang, best kan kalau kita boleh sambut anniversary di Makkah? Dia berseloroh sambil tersengih. Mungkin dia anggap kata-kata itu sekadar gurauan.

Dr Ahmad Samhan dan isterinya ketika mengerjakan umrah sebelum ini.

“Namun jauh di sudut hati, aku berdoa moga Allah pilih kami lagi dan makbulkan hasratnya.

“Syukur Allah mudahkan dan pilih kami lagi untuk menjejaki kaki di Tanah Haram dan menziarahi Rasulullah SAW. Tanah haram menjadi saksi ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.

“Doakan perjalanan kami dan amalan diterima Allah. Saya doakan kalian juga dipilih untuk jadi tetamu Allah,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu.

Dalam coretan yang dikongsikan sebelum berlepas ke Tanah Suci, Dr Ahmad Samhan turut mengimbas pahit manis sepanjang 10 tahun membina rumah tangga dengan wanita yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Mesir.

“Kami diijabkabul di tahun tiga perubatan. Tak mudah berumah tangga ketika masih belajar. Pernah sekali aku betul-betul tak ada duit. Tapi takkanlah dah ada isteri ni aku tergamak nak minta duit belanja dari abah.

“Duit aku hanya cukup-cukup beli sepapan telur. Sayang, bulan ni abang mampu beli ni je. Kita makan nasi dengan kicap, telur sebiji kita kongsi ya?. ‘Tak apalah, ini pun dah cukup’.

Selama 10 tahun berumah tangga, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

“Dia masuk bilik ambil marker dan tulis atas telur nombor 1 hingga 30. Tujuan supaya tak masak lebih dari sebiji setiap hari. Aku sebak,” imbasnya.

Perkahwinan mereka sekali lagi diuji ketika Dr Ahmad Samhan jatuh sakit, namun isterinya tetap setia berada di sisi memastikan setiap keperluannya tidak terabai.

“Tujuh tahun lepas aku disahkan ada ketumbuhan rahang. Perlu jalani pembedahan besar. Pembedahan ini menjadikan aku manusia bisu. Mulut diikat dengan dawai dan tekak ditebuk.

Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.

DR AHMAD SAMHAN

“Kaki disimen, minum susu ikut hidung dan kencing melalui tiub. Seksa, Allah saja tahu. Namun, dia tetap setia di sisi menemani dan menjaga. Sikit pun tak mengeluh,” kongsi Dr Ahmad Samhan lagi.

Mengusahakan lima buah klinik di Terengganu, Dr Ahmad Samhan berkata kejayaan dan pencapaian yang diraihnya ketika ini bukanlah atas usahanya seorang diri, sebaliknya dibina di atas pengorbanan isteri.

“Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.

Dr Ahmad Samhan kini mengusahakan lima buah klinik di Terengganu.

“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kerana itu aku berusaha sedaya yang mampu untuk penuhi hasratnya.

“Nasihat saya untuk suami, hargailah isteri ketika susah dan senang. Jangan lupa pengorbanan dia bila berada di puncak. Layanlah dia sebaik mungkin. Hargai dia. Hari ini dia ada, esok lusa mungkin dia tiada.

“Buat apa saja yang terdaya untuk tunaikan hasratnya. Kerana apa yang dia buat untuk kita dan keluarga tiada bandingan,” kongsinya lagi.

Sehingga kini coretan Dr Ahmad Samhan meraih lebih 1,000 shares di Facebook.

Sumber: mStar


.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral

Suami Menangis Masa Malam Pertama, Isteri Bisik Tanya Kenapa Rupa- Rupanya Sebab Rindu Emak!

Published

on

By

Setiap pasangan mesti ada pengalaman yang lucu pernah berlaku sewaktu baru sahaja dihalalkan mahupun sepanjang berada dalam alam perkahwinan. Tidak kisahlah apa yang berlaku, akhirnya ragam lucu itu bakal menjadi kenangan yang terindah buat pasangan suami isteri dan akan tersimpan untuk disingkap kepada anak cucu.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang isteri yang berkongsi kisah lucu berdepan dengan ragam suaminya di dalam bilik dan difahamkan ia berlaku semasa malam pertama.

Suami menangis masa malam pertama, isteri bisik tanya kenapa rupanya rindukan emak!

Sebuah video berdurasi 53 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang suami yang secara tiba-tiba menangis sewaktu malam pertama.

Video:

@sfitmly

Beginilah nikah sama anak tunggal satu satunya 😂😭

suara asli – Fittt – Fittt

Pada awalnya, si isteri atau dikenali sebagai Fitria itu pelik dengan suaminya yang menangis dan mengesat air matanya beberapa kali. Bila ditanya kenapa, rupanya si suami merindui ibu tercinta yang akhirnya terpaksa berpisah jauh dan tinggal bersama isteri. Comel je!

 

“Beginilah nikah sama anak tunggal satu-satunya.”

Menerusi video itu juga dapat didengari Fitria ketawa mendengar jawapan suaminya dan menganggap ia bakal menjadi kenangan yang lucu sampai bila-bila.

Netizen sekali terhibur, siap minta isteri hantar suami balik rumah ibunya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat manja suaminya yang tak ubah seperti anak kecil yang kesedihan ditinggalkan sendiri saat pertama kali dihantar ke asrama.

Ada juga siap minta hantar balik lelaki tersebut ke rumah ibunya bagi mengubati kerinduan yang terpendam itu. Hahaha macam-macam netizen!

Mesti suami Fitria hatinya lembut juga….Semoga pasangan ini sentiasa berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat…

Sumber : Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Viral

“Lain kali fikir dua kali…” – Telefon Kena Curl, Mekyun Terus Bawa P0lis Pergi Rumah Pcurl Lepas Dapat Kesan Lokasi

Published

on

By

Telefon antara barang berharga pada zaman kini dan ada banyak maklumat penting yang disimpan di dalam setiap telefon pintar seperti maklumat perbankan dan peribadi. Baru-baru ini pula, Tik Toker terkenal iaitu Mekyun mengalami detik cemas apabila kehilangan telefon miliknya itu.

Menurut gadis berbangsa Cina itu, dia berjaya mengesan di manakah lokasi telefon pintarnya itu selepas beberapa hari kehilangannya. Sebaik sahaja mendapatkan lokasi tersebut, Mekyun bergegas ke tempat itu bersama-sama pihak polis untuk mendapatkan semula telefonnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Mekyun tiba di sebuah kediaman bersama beberapa anggota polis. Turut dapat dilihat, sebuah kereta peronda polis yang berada di hadapan rumah tersebut di mana dua anggota polis sedang memanggil suspek yang berada di dalam rumahnya.

“Phone Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kesan lokasi. Memang silap orang lah dia nak curi telefon.”

Difahamkan, telefon tersebut diserahkan semula oleh pencuri sebaik sahaja dia melihat ketibaan pihak polis di tempat tersebut. Dalam masa yang sama, Mekyun turut menasihati orang ramai untuk berfikir panjang sebelum mengambil hak milik orang lain terutamanya telefon pintar yang menjadi barang penting pada masa kini.

“Lain kali fikir dua kali sebelum awak nak curi telefon orang okay?”

Mekyun turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang membantunya sepanjang proses tersebut sehinggalah mereka akhirnya berjaya mendapatkan semula telefonnya.

Sekadar informasi, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee terkenal di media sosial selepas memuat naik video bercakap dalam dialek Kelantan.

Mekyun merupakan antara influencer yang aktif di aplikasi TikTok dan Instagram kerana sering berkongsi pelbagai jenis kandungan video kreatif sama ada tentang dirinya, keluarga mahupun kisah-kisah anak muda masa kini.

Setakat ini, Mekyun telah mempunyai jumlah pengikut lebih 200,000 di Instagram manakala di aplikasi Tik Tok pula, pengikutnya telah pun mencecah hampir 650,000.

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading

Viral

[VIDEO] ‘Tidak Ada Background Formal Pengajian Agama, Ustazah Siti Afifah Sebar Kenyataan Mengelirukan’ – Amin Idris

Published

on

By

Nama penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah belum lagi surut di media sosial selepas mendakwa golongan suami ‘dayus’ kerana membiarkan kemaluan isteri dilihat oleh doktor lelaki ketika bersalin.

Dayus ini d0sa besar

Topik hangat itu turut menarik perhatian penceramah motivasi, Amin Idris untuk mengupas di akaun TikTok. Menerusi video yang dimuat naik, Amin mendakwa Siti Afifah tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.

Kata Amin, orang ramai perlu berhati-hati kerana dakwanya Siti Afifah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.

Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.

Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar.

Doktor O&G tak ramai

@iamaminidris Jangan mudah ‘mendayuskan’ orang. Claim diri sebagai ustazah tapi bercakap denhan kejahilan #tazkirahironman ? original sound – iamaminidris

Selain itu, pengacara tersebut menekankan dalam prinsip perubatan ada hukum umum dan pengecualian.

Tegasnya, doktor lelaki menguruskan wanita bersalin diklasifikasikan sebagai darurat kerana ada dua nyawa penting yang perlu diselamatkan.

Soalannya adakah betul itu dayus? Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.

Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan.  Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.

Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu.

Bila kita baca lebih sikit, bercakap atas landasan ilmu dan fakta, kita tak akan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan.

Dalam pada itu, Amin, 41, berkata, tidak ramai wanita yang mampu memikul tanggungjawab sebagai doktor Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang banyak.

Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.

Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.

Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap.

Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat!

Sumber: TikTok @iamaminidris

 

Kredit: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.