Viral
Datang Sekeluarga Makan Bil Smpai Beratus Tp TakBoleh Bayar. Pemilik Kedai Naik Angin Sekali Apa Terjadi Slps Itu Buat Pemilik Kedai Terdiam

#Gambar diatas sekadar hiasan
SERING kali kita terdengar kata-kata nasihat yang menyarankan untuk lebih baik berdiam diri ketika sedang marah, kerana dibimbangi kata-kata yang terkeluar akan menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Demikianlah dengan situasi yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini mengenai satu insiden yang disaksikannya sendiri di depan mata.
Mengimbas kembali kejadian tersebut menerusi satu perkongsian di Facebook, lelaki bernama Fahmi Huzairi berkata, ketika itu dia sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.
Tiba-tiba dia dan pelanggan lain dikejutkan dengan suara kuat, di mana pemilik restoran sedang memarahi seorang pelanggan yang merupakan warga emas gara-gara tidak mempunyai wang untuk melunaskan bil hidangan.
Sebahagian daripada posting asal yang tular.
“Satu kedai dengar tauke kedai tu sound pakcik ni dengan family dia. Pakcik tu dengan makcik (isteri), empat orang cucu dan tiga perempuan remaja dan dewasa.
“Menantu saya tak dapat dihubungi, dia yang suruh makan kat sini,” kata pakcik berkenaan kepada pekedai.
“Itu hal awaklah, habis tu takkan dah makan tak nak bayar… RM259 ni,” demikian pula balas si peniaga seperti yang dikongsikan Fahmi.
Fahmi berkata, di sempat menoleh ke arah wajah lelaki tua berkenaan dan kelihatan air mukanya keruh tanda sedang menanggung malu.
Situasi tersebut sangat berbeza ketika lelaki tua itu dan keluarganya tiba di restoran berkenaan dan menjamu selera.
“Tadi aku tengok satu family ni sampai dekat restoran pun pakai van Vanette lama. Masuk restoran pun tengok yang kecil-kecil tu seronok bukan kepalang dapat makan dekat luar.
“Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi. Call pun tak angkat-angkat.
“Pakcik tu pakai serban, baju jubah… keluarga dia pun elok berpakaian muslimah. Keluarga baik-baik ni, tak sanggup aku tengok mereka dimalukan,” tulisnya.
Tanpa berlengah, Fahmi segera memanggil pemilik restoran berkenaan untuk mengira bil hidangan miliknya.
Keluarga berkenaan diherdik kononnya enggan membayar bil selepas menikmati makanan.
Ketika itu, dia turut meminta pemilik restoran berkenaan mengira sekali bil hidangan keluarga lelaki tua tersebut kerana berniat mahu bersedekah.
“Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat, makcik minta maaf dengan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni, boleh?
“Kenapa tak cakap adik je belanja?
“Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga, makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai, jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan dan dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan.
“Sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan lain akan mula anggap makcik ni tauke restoran yang tak baik, nanti mereka akan cerita macam-macam pasal restoran makcik, padahal saya tahu makcik orang baik,” tulis Fahmi mengenai perbualannya dengan pemilik restoran berkenaan.
Itulah manusia. Kadang-kadang kita tak sedar apa kita cakap sebab tengah marah.
NETIZEN
Tidak lama kemudian, Fahmi berkata dia melihat pemilik restoran pergi ke meja keluarga lelaki tua tersebut dan mereka kelihatan bersalam-salaman serta berbual mesra, sebelum keluarga itu bangun meminta diri tergesa-gesa.
Sementara itu ketika Fahmi juga mahu melangkah keluar, tiba-tiba tauke restoran itu mendekatinya untuk mengucapkan terima kasih dan membayar kembali wang yang digunakan untuk membiayai bil keluarga lelaki tua itu.
“Biarlah makcik belanja diaorang… rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu la menantu dia tak angkat-angkat call.
“Kalaulah makcik terus marah-marah tadi, tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macam mana. Ini duit RM280 makcik nak pulang semula kat adik, biarlah makcik yang belanja keluarga tu dengan adik punya sekali,” cerita Fahmi mengingati semula kata-kata pemilik restoran berkenaan.
Bagaimanapun kata Fahmi, dia menolak pemberian pemilik restoran itu dengan baik dan meminta wang berkenaan disimpan sebagai sedekah untuk masa akan datang.m
Komen netizen yang memuji pendekatan Fahmi.
Sehingga kini perkongsian Fahmi meraih leih 1,500 shares di Facebook.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memuji pendekatan Fahmi yang disifatkan sebagai tindakan yang rasional dan terpuji.
“Terima kasih sebab jaga air muka pakcik itu sekeluarga.
“Alhamdulillah. Terbaik. Anda membela maruah pakcik tu, menyedarkan tuan kedai dengan bijak. Semoga terus dilimpahkan rezeki.
“Itulah manusia. Kadang-kadang kita tak sedar apa kita cakap sebab tengah marah. Dan itulah pentingnya orang sekeliling untuk meredakan marah dan menasihati,” demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Viral
Mat salih tak boleh ‘move on’, terp4ksa tahan ‘g0daan’ teh tarik selepas pulang ke Amerika… anggap Malaysia ada minuman ajaib

TAK kenal maka tak cinta.
Selain keindahan Malaysia dan keramahan rakyatnya, antara lain yang menjadi tarikan pelancong asing ke negara ini adalah makanan dan minumannya.
Keistimewaan itu membuatkan ada dalam kalangan mereka membawa pulang pek makanan atau minuman kegemaran ke negara asal masing-masing.
Menerusi satu video di laman sosial, seorang warga Amerika Syarikat (AS) turut tidak terkecuali berkongsi pengalaman mengenai kunjungannya ke Malaysia, baru-baru inu.
“Ini (paket serbuk teh) mengingatkan saya tentang Malaysia. Saya beli ini pada hari saya travel (di Malaysia).
“Saya tak tahu ini adalah teh tarik atau sesuatu yang lain. Saya tidak begitu pasti, tetapi rasanya bagus,” katanya.
Warga Amerika ini membancuh teh menggunakan pek minuman segera yang dibeli dari Malaysia.
Bagaimanapun, dia terpaksa menahan ‘godaan’ daripada minum teh tersebut kerana bimbang akan berasa ketagih memandangkan tidak banyak baki paket yang ada dalam simpanannya.
“Saya cuba untuk ambil banyak kerana tak mahu ia cepat habis. Hanya tinggal dua (paket) lagi, saya akan menyimpan yang lain dan guna yang ini.
“Ini mengingatkan saya kepada Malaysia dan ‘beautiful people’,” katanya yang sekali lagi mengulangi pendiriannya tentang negara ini.
Menerusi video berdurasi seminit itu, dia turut menunjukkan minuman yang dibancuh menggunakan air panas dan serbuk teh sambil menggambarkannya sebagai ‘air ajaib’.
Dia kemudian menghirup secawan teh di tepi tingkap.
“Teh tarik? Saya tak tahu,” katanya menerusi video di akaun TikTok @random.4.you.
Menikmati minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Menerusi ruangan komen, dia tetap bertanya sama ada ia adalah teh tarik atau sebaliknya, dan jika bukan, apakah nama minuman tersebut.
Malah, dia turut memaklumkan pakej minuman teh segera itu tidak dijual di Amerika.
Yes teh tarik, sedap.
NETIZEN
Rata-rata netizen memberitahu air yang dibancuhnya adalah teh tarik, yang merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia pada bila-bila masa.
“Ye betul (teh tarik). Anda hanya perlu ‘tarik’ minuman itu sendiri.
“Ye bro. Ia adalah teh tarik segera.
“Yes teh tarik, sedap.
“Teh tarik satu,” demikian antara komen netizen.
Antara komen netizen.
Dalam pada itu, minuman tersebut turut mengingatkan netizen kepada Cameron Higlands di Pahang yang memang terkenal dengan ladang teh.
Membalas komen netizen, dia memaklumkan ada bercadang untuk ke tanah tinggi itu sewaktu kunjungannya ke Malaysia tetapi perjalanannya agak jauh.
“Saya nak pergi tapi saya dapati perjalanannya panjang dan saya tidak (pergi). Tetapi ia dalam senarai (untuk pergi) lain kali,” ujarnya lagi.
Tahun lalu, warga Amerika ini sanggup menempuh perjalanan selama 30 jam ke Malaysia, dan membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar raya paling popular di dunia, New York.
“Kuala Lumpur bagi saya lebih moden berbanding New York City, dan pastinya lebih selamat,” katanya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Viral
“Saya telan dar4h, setitik pun tak jatuh” – 30 jam tengah laut, 3 kejadian luar biasa! Mgsa tak bermimpi dengar azan ketika hanyut

HANYA berpaut pada sebuah tong minyak berwarna putih, seorang lelaki bertahan hanyut di tengah laut selama lebih 30 jam.
Kisahnya bermula apabila bot yang dinaikinya untuk memancing karam setelah dipukul ombak di perairan Karambunai di Kota Kinabalu, Sabah, pada 25 Januari lalu..
Selepas dua hari dan satu malam, dia berjaya ditemukan dan diselamatkan oleh kru Kapal KD Sundang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Sepanggar.
Mengimbas kembali detik-detik cem4s itu, lelaki berkenaan, Meris Dulin berkata, pada hari kejadian dia keluar untuk memancing bersama anak sulung dan anak saudaranya.
Meris hanya berpaut pada tong minyak. -foto KD Sundang
“Kami keluar selepas subuh, pada mulanya ombak tidak begitu besar. Tiba-tiba langit bertukar mendung, jadi gelap. Saya beritahu mereka untuk pulang, patah balik.
“Tiba-tiba keadaan gel0mbang besar, masuk dalam air dan kami terbalik. Mereka sempat pakai jaket keselamatan dan saya minta mereka untuk berenang selamatkan diri,” katanya kepada mStar.
Dalam keadaan laut bergelora, hujan dan ribut sepanjang malam, lelaki berusia 64 tahun itu hanya mampu berserah kepada Allah SWT dan mengharapkan keajaiban.
“Ketika itu, saya tak tahu hala tuju… hidup atau m4tl, saya fikir jika ajal datang di laut, apa boleh buat, saya terima takdir Allah.
“Pada tong yang sempat dibuangkan minyak itu saya berpaut. Ketika itu juga, beberapa batang gigi patah sampai berdarah dihentak bot ketika laut bergelora.
“Saya telan darah tanpa menjatuhkan setitik pun ke laut kerana tidak mahu mengundang bahaya yang mungkin menarik perhatian ikan-ikan besar,” ujarnya yang berasal dari Tuaran, Sabah.
Meris ketika diselamatkan oleh pasukan keselamatan. foto KD Sundang
Dalan keadaan lemah, menurut Meris, tangannya masih kuat berpaut pada tong namun kaki mulai rasa kebas dan kejang.
“Sepanjang malam saya tak tidur. Kalau tertidur pasti akan tenggelam. Daya dan kekuatan kaki untuk mengapungkan badan mulai hilang,” katanya yang sebelum ini merupakan nelayan dan menjadikannya sebagai sumber rezeki keluarga selama kira-kira 40 tahun.
Bapa kepada empat anak itu juga tidak menyangka berdepan dengan kejadian luar biasa apabila mendengar laungan azan di tengah lautan.
“Saya yakin dapat mendengar laungan azan itu berulang kali dengan begitu jelas. Saya dengar ‘Allahuakbar, Allahuakbar’ berulang kali.
“Saya fikir betapa besar kuasanya Allah. Saya yakin berada jauh dari tepi pantai, dengan bunyi ombak dan angin, masih dapat mendengar laungan azan secara jelas.
“Subhanallah, saya tidak mimpi malam itu. Saya sedar dan dapat mendengarnya… patutlah apabila ada orang hilang kita berusaha juga dengan melaungkan azan,” ujarnya lagi.
Pasukan SAR menyelamatkan Meris. foto KD Sundang
Bukan setakat itu, Meris mendedahkan sebelum laungan azan, dia terlebih dahulu berdepan dengan kehadiran makhluk yang sangat besar mengelilingnya.
Namun kerana mata mulai pedih ketika itu, dia tidak dapat melihatnya dengan jelas tetapi yakin makhluk tersebut adalah seekor ikan besar.
Setiap kali diimbas kembali, saya menangis… bersyukur kepada Allah kerana masih beri peluang untuk saya terus hidup.
MERIS DULIN
“Saiznya mungkin hampir sebesar sebuah bas. Saya sambut dengan doa dan berzikir. Saya tidak takut, hanya fikir jika makhluk itu adalah ‘kiriman’ Allah untuk menjaga saya.
“Walaupun tidak berapa jelas, saya juga dapat melihat satu cahaya dari langit yang melintas di kepala saya, dan cahaya itu seakan ‘berpecah’ dan masuk ke laut dengan pantas,” katanya.
Isteri menjaga Meris sepanjang menerima rawatan di hospital. foto FB Asri Meris Anthony
Meris berkata, perasaannya bercampur baur saat diselamatkan oleh kru kapal KD Sundang, malah berasa sangat sebak di dada.
“Rasa bersyukur dan gembira. Pada masa sama, sedih kerana meninggalkan laut mengenangkan kejadian luar biasa yang saya lalui. Tengok laut, saya menangis tak berhenti.
“Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali diimbas kembali, saya menangis… bersyukur kepada Allah kerana masih beri peluang untuk saya terus hidup,” katanya.
Dimasukkan ke hospital selama empat hari untuk menerima rawatan, Meris kini pulih sepenuhnya dan kembali menjalani kehidupan bersama keluarga di Tuaran.
“Nasihat saya, jika cuaca tidak baik dan keadaan tidak menentu, harus berjaga-jaga untuk ke laut. Jangan lupa Allah SWT kerana Dia yang beri perlindungan,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dilaporkan berkata, mangsa, Meris Dulin, 64, berjaya ditemukan pada pukul 1.30 petang pada 26 Januari lalu, di kedudukan 5.5 batu nautika barat Tanjung Gaya setelah pencarian memasuki hari kedua.
Menurut beliau, dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai berdekatan.
“Mangsa seterusnya diselamatkan oleh KD Sundang dan dibawa ke Jeti Pangkalan TLDM Sepanggar untuk rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera TLDM Sepanggar,” katanya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Viral
Ratu Farah Diva Tiba-Tiba ‘Sentap’ Dan Bergaduh Di Tik Tok, Ramai Luah Rasa Sangsi, “Korang Rasa Dia Sihat Ke…”

Semalam tular di platform Tik Tok apabila personaliti media sosial, Ratu Farah Diva dikatakan bergaduh dengan beberapa influencer yang lain. Difahamkan, Ratu telah masuk ke dalam siaran langsung tersebut dan memaki hamun mereka secara tiba-tiba tanpa sebab.
Namun menurut Ratu, dia berasa marah apabila mereka di dalam siaran langsung itu telah mengutuknya dan melakukan ‘body shaming’ terhadapnya. Tindakan spontan dari Ratu ini turut membuatkan yang lain berasa keliru kerana mereka langsung tidak ada mengutuk wanita itu seperti yang dikatakan.
“Kau jangan macam macam dengan aku. Aku pun ada hati dan perasaan tau. Apa perasaan kau bila orang hina kau.”
Dalam masa yang sama, ruangan komen di siaran langsung itu turut dihujani dengan reaksi pelik netizen yang tertanya-tanya apa yang membuatkan Ratu terasa hati tidak semena-mena. Malah ramai yang menganggap tindakan Ratu itu sebagai biadap dan tidak patut kerana telah mengguris hati mereka yang berada di dalam ‘live’ tersebut.
Namun ada yang mendakwa Ratu sebenarnya terasa hati apabila cintanya ditolak oleh salah seorang Tik Toker yang berada di dalam sesi ‘live’ itu. Video yang tular itu kemudiannya dikongsikan semula di Twitter di mana rata-rata netizen turut meluahkan rasa hairan melihat perangai pelik Ratu ini.
Bila orang kata ratu ni tak sihat taknak percaya. Korang tengok video ni korang rasa dia sihat ke? Aku sebenarnya tak faham kenapa family dia pun taknak mengaku. Tapi kesian kadang kadang pic.twitter.com/ph5JYAINdP
— copea (@sofearozaidi_) February 13, 2023
Komen netizen
Ada juga netizen yang beranggapan dakwaan Ratu mempunyai masalah mental adalah benar jika dilihatkan dari gayanya itu. Warganet turut berharap Ratu dapat menerima rawatan segera sekiranya benar wanita itu mempunyai masalah mental seperti yang dikatakan sebelum ini.
“Kalau dah selalu bawak watak sewel demi populariti dan social media, tanpa sedar watak yang direka tu jadi sebati dengan diri dan jadi personaliti sebenar dia.”
“Lama dah aku perati, dia memang kurang upaya lah mungkin intellectual disability.”
Sumber: syor.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
-
Viral5 months ago
“Malulah saya macam ni..” Dakwa Rambut R0sak, Berlslko B0tak, Siti Jamumall Nak Sam4n Salon?
-
Hiburan6 months ago
“Mungkin Ada Yang Ketawa, Bertepuk Tangan Atau Bersorak…,” – Peserta Pertama Terkeluar, Ifa Raziah Percaya Rezeki Allah Luas
-
Hiburan6 months ago
“Arwh cinta pertama ibu..” – Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dic1ntai
-
Hiburan6 months ago
“Jam 10 Pagi Dia Mulai Tenang, Tapi Ketika Mngejutnya Dari Tidur, Bapa Sudah Tak Bernafas Lagi..”- Anak Arwh
-
Hiburan6 months ago
“Bapa saya selalu pesan…” – Pertemuan terakhir Aman Shah, anak selepas 20 tahun terpisah
-
Isu Semasa3 months ago
Mat Sabu Umum langkah import telur, sekali kena ‘sekolahkan’ dengan Boss Mydin
-
Viral6 months ago
“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencvri!” – Wanita ditudvh kutip pokok Floria, mujur anak muncul kongsi resit!
-
Hiburan7 months ago
“Tidak dapat bersama mama tetapi…” – Salamiah Hassan kembali bergelar isteri pd usia 71 tahun, Atilia coret dedikasi