Hiburan
“Tiada malaikat atau sy41tan”… Ini respon Erma Fatima tentang kenyataan Zul Ariffin

“TIADA siapa malaikat atau sy41tan!”
Itulah reaksi penerbit drama Perempuan Itu iaitu Erma Fatima menjawab kenyataan yang dikeluarkan Zul Ariffin selepas aktor itu menerima hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada pagi Selasa.
Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahman Ali, 54, dia tidak mengetahui mesej itu ditujukan kepada siapa kerana hanya Zul lebih mengetahui maksud kenyataan tersebut.
Erma Fatimah tidak tahu kenyataan Zul Ariffin untuk siapa.
“Hanya dia sahaja yang tahu, saya rasa dia lebih mengetahui apa yang dia ucapkan dan kenapa dia buat begitu.
“Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa sy41tan… ini adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab dia. Saya sebagai produser juga ada tanggungjawab.
“Kalau dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat itu. Bagi saya apa yang berlaku ini adalah pesan kepada semua orang termasuklah diri saya, pengarah dan juga pelakon lain,” katanya kepada mStar.
Mengulas lebih lanjut mengenai hukuman denda itu, Erma berkata kesalahan Zul adalah kerana memuat naik video tersebut.
Sebagai seorang pelakon, Erma berpendapat mereka perlu menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu perkara meskipun menerima arahan daripada orang lain.
“Ini bukan masa untuk menuding jari dengan menyatakan… kau sy1’41tan aku malaikat.
Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Zul. Bagi saya bukan Zul seorang yang bersalah.
ERMA FATIMAH
PENERBIT
“Saya tak mampu nak berkata apa-apa sebab dalam hal ini dia yang muat naik dan dia sahaja yang tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh buat begitu.
“Pelakon juga diberikan otak untuk berfikir, apabila membuat sesuatu itu di atas kewarasan kita. Kita tidak akan membodohkan diri kita untuk membuat sesuatu atas arahan sesiapa pun. Dia sendiri harus fikir di mana dia nak meletakkan diri dia sebagai seorang pelakon.
“Saya tidak tahu dan tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Zul. Bagi saya bukan Zul seorang yang bersalah… salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini, tetapi dia yang muat naik (video) itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?” ujarnya.
Adegan Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.
Sementara itu, Erma berkata dia menghormati keputusan yang dibuat mahkamah dan baginya jika kesalahan tersebut melibatkan produksi yang membikin drama, sudah pasti pihaknya juga akan dijatuhkan hukuman.
Bercakap mengenai drama kontroversi tersebut, Erma berkata dia juga masih belum pasti waktu tayangan memandangkan masih banyak yang perlu diperbaiki semula.
“Mahkamah meletakkan kesalahan kepada Zul bukan sebagai pembikin video tetapi kerana memuat naik video itu. Kalau mahkamah menentukan kes itu kepada pembikin, sudah tentu pengarah kena juga (hukuman).
“Buat masa ini saya masih belum tahu lagi status bila drama itu akan ditayangkan,” katanya.
Zul Ariffin ketika berada di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.
Terdahulu, Zul didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas pertudvhan memuat naik kandungan bersifat sumb4ng di media sosial pada Mac lalu.
Zul membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Pendakwaan terhadap pelakon itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kata pelakon filem Sangkar ini, dia reda menerima hukuman dan enggan memanjangkan isu ini kerana tidak mahu membuang masa ramai pihak.
“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok.
“Tak mengapa… tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak,” katanya.
Pada Mac lalu, perkongsian video Zul mempromosikan drama Perempuan Itu di laman Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video memperlihatkan Zul mendukung aktres Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Selain itu, babak mengh4irahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem luc4h.
Tindakan Zul itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan pendakwah.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Hiburan
Diana Danielle mohon cer41, dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga tapi FaridKamil enggan lafaz talak…

DUNIA hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga artis apabila pelakon Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil awal bulan lalu.
Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.
Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
Diana bersama dua orang anaknya.
Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.
Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Hiburan
“Mana hati budi…” – Ali Puteh terkejut dapat notis m4hkamah, pelik rumah ibu pula bakal disit4

Pelawak sensasi Ali Puteh terkejut apabila menerima notis daripada pihak mahkamah berhubung perintah sita kediaman arwah ibunya, Sabariah Arshad yang terletak di Gombak, Selangor.
Menurut Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia hairan kerana hutang bayaran RM60,000 kepada kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali dan harta milik arwah ibunya adalah dua perkara berbeza.
Saya pun terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik saya mengatakan rumah arw4h mak saya.. mahkamah keluarkan perintah untuk menyita.
“Jadi saya peliklah, ini harta arw4h mak saya, kenapa pula untuk dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Yang menjadi kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya.
“Tapi saya pelik, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes saya dengan balu arw4h abang saya yang RM60,000 tu.
“Rumah arw4h mak saya ini adalah di atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau.
“Dengan sitaan m4hkamah, surat bercop daripada mahkamah. Benda ini tak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak sebenarnya bukan, saya dah tekankan.. kes ini berlainan,” katanya.
Pelawak berusia 34 tahun itu berkata demikian menerusi satu temu bual eksklusif bersama program hiburan, Melodi yang disiarkan hari ini.
Sementara itu, Ali memaklumkan dia memilih untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan isu yang sedia ada.
“Saya diam bukan sebab saya takut, tidak. Sebab kita tak nak keruhkan keadaan lagi. Cukuplah orang maki hamun saya, bertahun dah…
“…dah tiga tahun orang m4ki h4mun saya sebab keluar dari mahkamah kalah, cakap apa pun takkan betul. Percayalah cakap saya,” ujarnya.
Ditanya mengenai ganti rugi RM60,000 tersebut, dia mengakui masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Hidayah memandangkan sukar untuk meraih pendapatan buat ketika ini.
“Banyak yang tanya RM60,000 itu dah bayar ke belum. Memang belum buat bayaran pasal kes ini pendapatan kerja saya dah tak macam dulu. Kerja atau show dah tak ada, susah.
“Bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 tu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak campak sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya tak ada langsung.
“Mungkin kita cuba akan membayar secara ansuran,” kongsi Ali.
Terdahulu, Ali gagal dalam rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang diperintahkan untuk membayar ganti rugi berkenaan kerana memfitnah ibu tunggal anak satu itu di laman Instagram, dua tahun lalu.
Sumber: TikTok @melodiberapi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Hiburan
“Saya nekad unuk melangkah ke depan tanpa …” – Shuhada mahu teruskan hidup, berterima kasih kepada Aliff Syukri

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia tidak mahu lagi berpaling ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan tanpa sebarang perasaan dendam.
Shuhada, 29, berkata, dia kini hanya memikirkan tentang anak-anak dan ibu bapanya yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya.
Katanya lagi, dia mahu berusaha memberi kesenangan buat keluarga biarpun sedar dia masih belum sempurna.
“Saya nekad unuk melangkah ke depan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar saya teruskan perjalanan tanpa perasaan dendam.
Shuhada mahu meneruskan hidup demi anak-anak.
“Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah dan Umar, serta kedua ibu bapa saya. Saya sedar diri tidak sempurna.
“Tapi saya nekad demi anak-anak untuk mencari kesenangan buat mereka,” katanya.
Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuhada turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Datuk Aliff Syukri kerana memberikan peluang untuk dia menjadi duta tudung milik usahawan itu.
“Terima kasih buat Aliff Syukri kerana memberi saya kesempatan menjadi duta serta model jenama tudung Datuk,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff berkongsi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya dan memberikan nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.
Shuhada lebih bersemangat untuk mencari rezeki sendiri.
Usahawan itu juga memberitahu bahawa dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 206 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar kini berusia dua tahun.
Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebuat pada 21 Mac ini.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
-
Viral5 months ago
“Malulah saya macam ni..” Dakwa Rambut R0sak, Berlslko B0tak, Siti Jamumall Nak Sam4n Salon?
-
Hiburan6 months ago
“Mungkin Ada Yang Ketawa, Bertepuk Tangan Atau Bersorak…,” – Peserta Pertama Terkeluar, Ifa Raziah Percaya Rezeki Allah Luas
-
Hiburan6 months ago
“Arwh cinta pertama ibu..” – Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dic1ntai
-
Hiburan6 months ago
“Jam 10 Pagi Dia Mulai Tenang, Tapi Ketika Mngejutnya Dari Tidur, Bapa Sudah Tak Bernafas Lagi..”- Anak Arwh
-
Hiburan6 months ago
“Bapa saya selalu pesan…” – Pertemuan terakhir Aman Shah, anak selepas 20 tahun terpisah
-
Isu Semasa3 months ago
Mat Sabu Umum langkah import telur, sekali kena ‘sekolahkan’ dengan Boss Mydin
-
Viral6 months ago
“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencvri!” – Wanita ditudvh kutip pokok Floria, mujur anak muncul kongsi resit!
-
Hiburan7 months ago
“Tidak dapat bersama mama tetapi…” – Salamiah Hassan kembali bergelar isteri pd usia 71 tahun, Atilia coret dedikasi