Connect with us

Hiburan

Nora Ariffin dedah permohonan anaknya masuk Universiti tak berjaya, Nora sokong anaknya jadi penyanyi

Published

on

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 49, memberi restu kepada anaknya, Putri Dahlia untuk meneruskan kerjaya nyanyian selepas semua permohonannya untuk melanjutkan pengajian di universiti tidak berjaya.

Rezeki sambung belajar tak kesampaian

Menurut Nora, anaknya itu sangat berminat untuk menjadi guru bahasa Inggeris, namun dia reda rezeki untuk menyambung pengajian belum kesampaian.

Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar. Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia.

Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat. Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi.

Bakat arwh suami

Tambah Nora, anaknya itu mewarisi bakat suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.

Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi. Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwh Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Setakat ini, Putri Dahlia aktif menghasilkan lagu Inggeris termasuk Set U Free, mi amor, Butterflies dan Old Love. Nyanyiannya juga mendapat perhatian dan sering tular di TikTok. Paling menarik, lagu Old Love nyanyiannya bersama Yuji mencatat 7.4 juta tontonan selepas dua bulan dimuat naik di YouTube.

 

Sumber: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Diana Danielle mohon cer41, dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga tapi FaridKamil enggan lafaz talak…

Published

on

By

DUNIA hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga artis apabila pelakon Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil awal bulan lalu.

Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.

Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.

Diana bersama dua orang anaknya.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

“Mana hati budi…” – Ali Puteh terkejut dapat notis m4hkamah, pelik rumah ibu pula bakal disit4

Published

on

By

Pelawak sensasi Ali Puteh terkejut apabila menerima notis daripada pihak mahkamah berhubung perintah sita kediaman arwah ibunya, Sabariah Arshad yang terletak di Gombak, Selangor.

Menurut Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia hairan kerana hutang bayaran RM60,000 kepada kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali dan harta milik arwah ibunya adalah dua perkara berbeza.

Saya pun terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik saya mengatakan rumah arw4h mak saya.. mahkamah keluarkan perintah untuk menyita. 

“Jadi saya peliklah, ini harta arw4h mak saya, kenapa pula untuk dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Yang menjadi kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya.

“Tapi saya pelik, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes saya dengan balu arw4h abang saya yang RM60,000 tu. 

“Rumah arw4h mak saya ini adalah di atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau.

“Dengan sitaan m4hkamah, surat bercop daripada mahkamah. Benda ini tak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak sebenarnya bukan, saya dah tekankan.. kes ini berlainan,” katanya.

Pelawak berusia 34 tahun itu berkata demikian menerusi satu temu bual eksklusif bersama program hiburan, Melodi yang disiarkan hari ini.

Sementara itu, Ali memaklumkan dia memilih untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan isu yang sedia ada.

“Saya diam bukan sebab saya takut, tidak. Sebab kita tak nak keruhkan keadaan lagi. Cukuplah orang maki hamun saya, bertahun dah…

“…dah tiga tahun orang m4ki h4mun saya sebab keluar dari mahkamah kalah, cakap apa pun takkan betul. Percayalah cakap saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai ganti rugi RM60,000 tersebut, dia mengakui masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Hidayah memandangkan sukar untuk meraih pendapatan buat ketika ini.

“Banyak yang tanya RM60,000 itu dah bayar ke belum. Memang belum buat bayaran pasal kes ini pendapatan kerja saya dah tak macam dulu. Kerja atau show dah tak ada, susah. 

“Bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 tu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak campak sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya tak ada langsung.

“Mungkin kita cuba akan membayar secara ansuran,” kongsi Ali.

Terdahulu, Ali gagal dalam rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang diperintahkan untuk membayar ganti rugi berkenaan kerana memfitnah ibu tunggal anak satu itu di laman Instagram, dua tahun lalu.

Sumber: TikTok @melodiberapi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

“Saya nekad unuk melangkah ke depan tanpa …” – Shuhada mahu teruskan hidup, berterima kasih kepada Aliff Syukri

Published

on

By

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia tidak mahu lagi berpaling ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan tanpa sebarang perasaan dendam.

Shuhada, 29, berkata, dia kini hanya memikirkan tentang anak-anak dan ibu bapanya yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya.

Katanya lagi, dia mahu berusaha memberi kesenangan buat keluarga biarpun sedar dia masih belum sempurna.

“Saya nekad unuk melangkah ke depan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar saya teruskan perjalanan tanpa perasaan dendam.

Shuhada mahu meneruskan hidup demi anak-anak.

“Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah dan Umar, serta kedua ibu bapa saya. Saya sedar diri tidak sempurna.

“Tapi saya nekad demi anak-anak untuk mencari kesenangan buat mereka,” katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shuhada turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Datuk Aliff Syukri kerana memberikan peluang untuk dia menjadi duta tudung milik usahawan itu.

“Terima kasih buat Aliff Syukri kerana memberi saya kesempatan menjadi duta serta model jenama tudung Datuk,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff berkongsi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya dan memberikan nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.

Shuhada lebih bersemangat untuk mencari rezeki sendiri.

Usahawan itu juga memberitahu bahawa dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 206 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar kini berusia dua tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebuat pada 21 Mac ini.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.