Connect with us

Hiburan

“Macamana boleh berlaku, Sampai sekarang saya tak Percaya…” Ahli keluarga Masih tidak percaya apa yang berlaku Ini sebabnya…

Published

on

Nor Shida memberitahu seluruh ahli keluarga masih terkejut dan tertanya-tanya punca kejadian.

Terdahulu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 kira-kira pukul 10 malam, Jumaat.

Dalam pada itu, Nor Shida berharap orang ramai yang tertanya-tanya mengenai punca kematian Syazlin agar tidak membuat sebarang spekulasi selain menghormati perasaan keluarga arwah ketika ini.


KELUARGA Allahyarham Syazlin Zainal masih berada dalam keadaan terkejut dengan pemergian pelakon berkenaan pada Khamis lalu.

Sepupu arwah, Nor Shida Mohd Jawal, 44, berkata, seluruh ahli keluarga bukan sahaja terkejut malah masih dalam keadaan tertanya-tanya punca sebenar Syazlin meninggal dunia.

“Apabila saya mendapat tahu pemergiannya, saya terkejut malah sampai sekarang dalam keadaan tidak percaya. Keluarga semua terkejut dan masih lagi tertanya-tanya mengapa ia boleh berlaku.

“Macam mana benda itu terjadi. Persoalan itu menjadi tanda tanya seluruh keluarga sebab kami tidak tahu punca sebenar dan menanti siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Sebaliknya Nor Shida meminta peminat dan orang ramai agar mendoakan Allahyarham serta keluarga agar diberikan ketenangan dan tabah menghadapi ujian.

“Saya harap sangat pada yang tertanya-tanya tentang kematiannya, kita doakan yang baik-baik untuknya. Janganlah buat spekulasi tidak benar. Kita ambil apa terjadi sebagai iktibar,” jelasnya.

Sementara itu, Nor Shida menyifatkan arwah seorang yang sentiasa ceria, baik serta mempunyai personaliti menyenangkan sehingga membuatkan ahli keluarga terasa kehilangannya.

Kata Nor Shida, dia kali terakhir bertemu dengan Syazlin bersempena sambutan hari raya lalu.

Ahli keluarga dan sahabat Allahyarham berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada Syazlin.

“Arwah seorang yang tidak banyak cakap tetapi dia sentiasa ceria. Memang tak nampak macam dia ada masalah sebab dia sentiasa nampak gembira.

“Bila berkumpul memang seronok dan kali terakhir bertemu dengannya ketika sambutan hari raya yang lalu,” ujarnya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan Allahyarham maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

“Nak manja-manja duduk rumah belajar masak” – Iqram Dinzly minta Reen Rahim duduk rumah belajar masak gara2 isu diceklk Fezrul Khan

Published

on

By

PELAKON sensasi Iqram Dinzly dalam nada sinis meminta aktres Reen Rahim untuk duduk di rumah dan belajar memasak sekiranya tidak dengan cabaran dalam dalam dunia seni.

Iqram turut menasihatkan agar Reen tidak menjadikan inslden dia diceklk aktor Fezrul Khan ketika menjalani penggambaran filem Batu Syaitan sebagai isu besar sebaliknya perlu kental dan bukannya bersikap ‘manja’.

“Buat Reen, saya percaya dengan aksi ceklk menceklk ia membantu anda untuk lebih maju ke depan dalam dunia lakonan. Dalam bisnes kita kena terima untung atau rugi itu tetap untung. Pengalaman tidak boleh dijual beli namun jangan sampai mencac4tkan atau menc3der4kan diri.

“Bagi saya kalau tak lasak, nak manja-manja duduk rumah belajar masak. Dalam industri ini kita kena belajar reda dan tabah serta tingkatkan prestasi,” katanya.

Reen mendakwa mengalami keceder4an selepas melakukan babak diceklk oleh Fezrul Khan.

Iqram berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia yakin Fezrul telah menggunakan teknik yang betul dalam lakonan ketika menjayakan babak tersebut.

Kata Iqram, dia tidak percaya Fezrul benar-benar menceklk Reen apatah lagi aktor itu bukan baharu dalam bidang lakonan dan pasti tahu teknik menjayakan babak lasak.

“Takkanlah Fezrul tak waras nak ceklk betul-betul. Boleh tengok dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.

“Masalahnya orang sekeliling yang tiada ditempat kejadian sering melontarkan persepsi buruk dan tanggapan tidak betul,” jelasnya.

Iqram sebelum ini turut terpalit kontroversi menceklk Mona Allen namun ia sekadar gimik mempromosikan drama.

Sebelum ini, nama Iqram juga pernah terpalit kontroversi apabila dia didakwa menceklk pelakon Mona Allen ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon itu mengakui kekecohan tersebut hanya sekadar gimik untuk mempromosikan drama berkenaan.

Untuk rekod, Reen mengakui secara tidak sengaja meninggi suara selepas kejadian diceklk oleh Fezrul sebelum menghubungi pelakon tersebut menjelaskan keadaan sebenar serta menunjukkan kesan cedera dialaminya.

Fezrul dalam temu bual sebelum ini pula menjelaskan babak tersebut dilakukan dengan teknik betul dan kemungkinan berlaku ‘kem4langan’ kecil kerana apa terjadi di depan kamera tidak sama ketika sesi latihan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading

Hiburan

“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Ditudvh Tak Reti Jaga Anak, Suliza Salam Tampil Balas Komen Sark4stlk Netizen

Published

on

By

SUSULAN penularan video memaparkan aksi sumb4ng dikatakan mirip wajah Ismail Izzani, ibu kepada penyanyi berkenaan menjadi mangsa kec4man netizen di media sosial.

Rata-rata menyalahkan ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam, 57, yang didakwa tidak pandai menjaga anak selain memintanya menegur penyanyi berkenaan memandangkan ini bukan kali pertama dia terlibat dalam kontr0versi.

Tidak mampu lagi berdiam diri, Suliza dilihat membalas komen bi4dap netizen yang disifatkan sebagai seronok mengvtuk dan melemparkan fltnah terhadap dirinya dan keluarga.

Suliza memberitahu hanya Allah mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan manusia dan bukannya menerusi kata-kata orang lain.

Suliza tampil membalas komen bi4dap netizen terhadapnya.

“Nak, kamu nanti belum tahu juga, kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tentu.

“Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah. Fahamkan itu ya,” katanya.

Terdahulu, nama Ismail, 22, menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan individu dalam video yang bercluman dengan seorang wanita berpakaian sksi di sebuah kelab malam.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat berpelukan sambil menari dan kemudian mencium pipi dan leher seorang wanita.

Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah.

DATIN SULIZA SALAM

PENYANYI/IBU ISMAIL IZZANI

Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980-an memberitahu dia menghargai segala teguran dan mendoakan netizen agar Allah menjaga alb mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala alb dan muslbah,” ujarnya.

Sementara itu, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati dan meninggalkan komen sark4stik berhubung kontr0versi melanda Ismail di Instagram Suliza.

Ibu Ismail jadi mangsa kec4man netizen.

“Nak bertanya, Mail dah kena rotan belum? Sudah-sudahlah back up anak, benda sangat jelas,” komen netizen.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Ismail berhubung isu tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Ini bukan kali pertama nama penyanyi lagu Luar Biasa mencetuskan kontroversi malah pernah mencetuskan kem4rahan peminat apabila pernah berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada 2018.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Hiburan

(Video) “Ibu Bakar?…” – Perkongsian Terbaru Anak Dayah Bakar Buat Ramai Geram

Published

on

By

Anak lelaki kepada pengacara Dayah Bak4r iaitu Achbar Muhammad Fahri sering menjadi tumpuan ramai. 

Meskipun baru berusia dua tahun, gelagat lucu dan comel Fahri sering mencuit hati mereka yang melihat. 

Macam – macam kerenahnya yang menghiburkan seperti memberi al4san tidak mahu ke sekolah sehinggalah memanggil ibunya dengan nama sebenar Dayah. 

Rata – rata warga maya terhibur melihat gelagat Dayah dan Fahri yang sentiasa ceria selain membuatkan hari – hari mereka yang melihat turut ceria. 

Terbaru, perkongsian mengenai Fahri sekali lagi mencuit hati ramai dimana Dayah mengajar anaknya menyebut nama penuhnya. 

Pada mulanya Fahri hanya dapat menyebut nama ayah Dayah iaitu Bak4r sahaja, namun berhasil menyebut nama penuh ibunya buat kali kedua. 

 

Reaksi Fahri yang berjaya menyebut nama ibunya dengan betul membuatkan ramai ger4m dengan kecomelannya. 

“Kalau tak kelakar tu bukan Fahri lah kan, haish ger4m aih mulut tu cerdik sangat”

“Fahri ni happy go lucky laaa sebijik ibu dia. Nape comel sgt ni fahri?!!!! ”

“Nak tgk fahri lama2 biar terkenan. ger4mmmmm comel sangat ni”

“Melting la tgk fahri”

“Bestie vibes betul ibu dgn fahri ni ahhahaha”

“Eeeee fahri ni tau … comel sgt knpe … eee ger4mlahhh”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, dayahbakar

Video, @dayahbakar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.