Connect with us

Hiburan

Arja Lee kini pensyarah universiti, lebih tenang menetap di Kelantan dan sudah tak minat dunia glamor

Published

on

SEJAK bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tahun lalu, pelakon Arja Lee mengambil keputusan meninggalkan bidang seni bagi membolehkan dia memberi tumpuan kepada karier baharunya itu.

Arja atau Azharudin Ramli, 39, berkata, dia tidak mahu lagi terbabit dalam dunia glamour sebagai seorang selebriti dan lebih tenang menjalani kehidupan tanpa sebarang kontroversi di Kelantan.

“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.

“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Arja berkata, dia semakin seronok dan selesa menetap di Kelantan memandangkan kos sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur.

Kehidupannya bukan sahaja lebih sederhana tetapi tenang tanpa sebarang gangguan selain tidak lagi memikirkan kehidupan ‘glamour’ sebelum ini.

“Kos sara hidup di Kelantan lebih rendah dan saya tidak lagi perlu memikirkan hal-hal berkaitan dunia hiburan. Fokus saya sekarang adalah terhadap pekerjaan sebagai pensyarah dan mendidik anak bangsa,” jelasnya.

 

Sementara itu, Arja berkata, bekerja sebagai pensyarah bukan kebetulan tetapi sejak dahulu lagi dia memang menyimpan impian untuk bergelar seorang pendidik.

Kata Arja, dia bersyukur impian melanjutkan pengajian seterusnya diterima sebagai pensyarah terlaksana dan akan menggunakan ilmu dan pengalaman sebagai pelakon sebelum ini untuk dicurahkan kepada pelajar di universiti.

Dalam perkembangan lain, Arja memberitahu bakal menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak lama lagi.

Pelakon filem Anu Dalam Botol itu juga baharu sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Arja Lee Gugup Naik Pentas Konvokesyen, Syukur Keluarga Datang Tiup Semangat

Pelakon Arja Lee meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam sebuah Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampus Sultan Azlan Shah, pada Sabtu.

Arja atau nama sebenar Azharudin Ramli, 39, menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan di bawah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP).

Menerusi muat naik di Instagram, Arja berkata perasaannya begitu berdebar saat nama dipanggil ke pentas bagi mengambil Ijazahnya.

“Debarnya sungguh berbeza kali ini! Tak dapat saya gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran saya pada waktu ini, teramat berbeza!

“Tatkala nama saya disebut sehinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang daripada keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar dikala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas.

“Ya aku kini bergelar Graduan Ijazah Sarjana, Alhamdulillah officially graduated,” ujarnya.

Dalam pada itu, Arja turut berkongsi beberapa foto dan video yang memperlihatkan dirinya sedang mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru gelap sambil memegang ijazah buat tontonan umum.

Sementara itu, memetik Harian Metro, Arja berkata, kejayaan yang dikecapi ini adalah bagi menunaikan impian dan hadiah kedua arwah ibu bapanya, Allahyarham Ramli Uteh dan Allahyarham Salmah Aziz.

Dalam masa sama, dirinya mengaku berbaloi di atas usaha kerasnya selama dua tahun pengajian selain berharap dapat memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Saya gembira pengorbanan dua tahun menyambung pengajian berbaloi walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan pengacara serta pensyarah tahun pertama di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bahru, Kelantan.

“Kejayaan saya memberi mesej yang jelas bahawa selebriti sebenarnya mampu berjaya dalam pendidikan dan boleh menjadi contoh masyarakat,” katanya.

Sumber: mStar, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

“Kita sudah bayar, dia nak apa lagi?” Enam bulan tk ada kerja, Ali puteh luah ini trpaksa buat nak selesai bayaran Hldayah

Published

on

By

Pelawak Ali Puteh tidak menafikan mempunyai kekangan untuk membayar jumlah sebesar itu memandangkan dia sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menggunakan segala platform miliknya bagi menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah secara pukal.

“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam menlnggal dunla, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bkan penjen4yah di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenyah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.

“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.

Ali ketika ditemui di rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, di sini, semalam, berkata proses pembayaran itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu.

Sementara itu, berkenaan mengenai rumah Abam yang diminta Hidayah, Ali berkata, dia tidak boleh menyerahkan kepada Hidayah kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwh ibunya. Justeru kata Ali, pihaknya akan membayar saman untuk mengelakkan rumah itu dari disita.

“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwh emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.

“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.

“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwh emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwh emak saya,” katanya.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

“Sebijik muka bini dia” Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan, Lesung Pipit Manis Macam Daddy!

Published

on

By

 

Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi, Usop jarang-jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya, apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum.

Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia empat bulan, Usop memuat naik wajah kesayangannya dan isteri di Instagram.

Cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Saif Umar itu kini sudah pun berusia empat bulan selepas dilahirkan pada November tahun lalu.

Bukan hanya berkongsi wajah bahkan Usop turut membuka akaun Instagram buat Umar.

“Hye uncle onty. Umar dah ada IG follow la umar oceyy🙈❤️ @saif_umar22.

“Umar sedih sebab kena cucuk sakit,” tulisnya di kapsyen.

Apa yang lebih menarik perhatian wargamaya pastinya wajah comel Umar saling tak tumpah seperti isterinya Nur Fatihah Md Hashim atau mesra di sapa Teha.

Malah wajah comel Umar dipuji ramai kerana turut memiliki lesung pipit pemanis seperti ayahnya.

Terdahulu, Usop mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 3 Februari 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Saif Umar yang lahir pada November 2022.

Sumber:PA&MA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

Diana Danielle mohon cer41, dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga tapi FaridKamil enggan lafaz talak…

Published

on

By

DUNIA hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga artis apabila pelakon Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil awal bulan lalu.

Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.

Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.

Diana bersama dua orang anaknya.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.