Connect with us

Hiburan

Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

Published

on

WAJAH seiras ini mengembalikan nostalgia peminat kepada penyanyi dan pelakon era 90-an, Arni Nazira Anuar.

Biarpun sudah lama tidak membuat penampilan seni, Arni sering berkongsi menerusi laman sosial Instagram.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon filem Bara dan Nafas Cinta itu memuat naik gambar bersama anak sulungnya yang digelar sebagai Kakak.

Foto puteri sulungnya, Putri Aleeya Antasha, 22 yang baharu menamatkan pengajian menjadi perhatian warganet.

Ternyata gadis itu mewarisi kecantikan Arni yang sememangnya terkenal dengan kecantikan asli serta raut wajah lembut.

Tidak hanya berjaya menamatkan pengajian, menerusi hantaran yang sama, Arni berkongsi Puteri Aleeya Antasha meraih anugerah  pada istiadat konvokesyen MSU Malaysia baru-baru ini.

“Alhamdulillah dan tahniah Kakak Putri atas Konvokesyen tempoh hari.

“Syukur pada Yang Maha Esa berkat usaha dan ketekunan, kakak berjaya memperoleh ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma in Event Management.

“Mummy dan daddy doakan moga kakak serta adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi,” titip Arni.

Penyanyi lagu Cinta Antara Benua turut menitipkan doa agar anak-anak terus mengukir kecemerlangan dalam pelajaran dan bidang yang diceburi.

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha. Tidak kurang juga yang tertarik dengan kejelitaan dan wajah seiras dua beranak itu.

-“Alhamdulillah. Tahniah buat untuk Mummy Arni dan Kakak. Semoga ilmu diperoleh kakak selama ini bermanfaat di dunia dan akhirat, aamiin.”

-“Tahniah Kakak Putri dan mummy @arninazira.”

-“Tahniah, ingatkan Arni tadi. Copy paste mamanya”

-“Seiras dengan mummy.”

-“Subhanallah, salin tidak tumpah muka Arni semasa muda.”

-“Mula-mula ingat Arni. Apabila tengok gambar yang lain baru tahu. Copy and paste betul. Alhamdulillah dan tahniah.”

Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Datuk Awie pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, 20. Bagaimanapun mereka berpisah pada tahun 2006.

Puteri Aleefa Antasha juga sedang melanjutkan pengajian yang sama dengan kakaknya.

Bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009, Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hadzrie Wan Mokhtar.

Rumah tangganya kini diserikan tiga orang permata hati, Wan Muhammad Muadz, 12, Wan Ayesha Maserra,10, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.

Sumber: sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Naim Daniel terkejut foto bersama Sissy Imann tiada di poster ‘Famili Duo’… “Belum ada kata putus lagi untuk minggu ini”

Published

on

By

KETIADAAN foto Sissy Imann dan Naim Daniel di poster Famili Duo minggu ketujuh yang bakal berlangsung Ahad ini mengundang pertanyaan penonton.

Terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu, Naim, 26, meminta peminat terus bersabar dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan saingan dalam program berkenaan.

“Saya pun baru tahu tiada nama kami dalam poster tersebut. Entahlah! Rasanya semua okey sahaja. Tunggu sahajalah nanti.

Nama Naim dan Sissy tiada dalam poster persembahan Ahad ini.

“Saya juga harap peminat dapat doakan urusan kami berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi mStarpada Jumaat.

Dalam pada itu, Naim memberitahu dia dan Sissy masih belum membuat keputusan mengenai penyertaan mereka dalam konsert mingguan pada Ahad ini.

Ini kerana mereka masih belum membuat persiapan dan kesuntukan masa untuk melakukan persediaan.

“Sekarang ini masih lagi dalam proses menguruskan beberapa perkara. Tengoklah bagaimana nanti… belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul.

“Sepatutnya pada malam Ahad selepas selesai konsert kami sudah berikan lagu untuk minggu seterusnya, namun kali ini lagu pun belum ada,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan terkini, Naim berkata Sissy masih belum bersedia untuk menjawab persoalan dari mana-mana pihak susulan insiden menangis di atas pentas akibat komen pedas daripada juri Mas Idayu.

Tengoklah bagaimana nanti… belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul

NAIM DANIEL

PENYANYI

“Saya sentiasa berhubung dengan Sissy dan sekarang ini dia masih lagi dalam proses untuk bangkit selepas apa yang berlaku. Dia juga belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa.

“Ramai yang memberikan reaksi berbeza dengan apa yang telah terjadi. Kami terima baik semua komen tersebut dan dijadikan semangat untuk teruskan perjuangan dalam kerjaya ini,” ujarnya.

Tangisan Sissy di pentas Famili Duo menjadi bualan ramai.

Pada minggu keenam konsert Famili Duo, Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap nyanyian Naim dan Sissy menerusi lagu Jampi dalam versi keroncong yang dikatakan tidak sedap dan terlalu keras.

Terkesan dengan kata-kata tersebut, Sissy tidak dapat menahan air mata ketika di atas pentas dan terus meninggalkan dewan selepas tamat persembahan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Hiburan

Puteri Sarah Dan Anak-Anak Berangkat Ke Tanah Suci, Sekali Komen Ibu Mertua Datuk Dr Fadzillah Kamsah Buat Ramai Seb4k

Published

on

By

Pelakon sens4si, Puteri Sarah Liyana berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sebelum berangkat, Sarah juga sempat membawa kedua-dua anaknya berjumpa dengan ibu dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail di kediaman pengarah dan penerbit popular itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sarah memuat naik gambar Yusof bersama cucu-cucunya beserta kapsyen, ‘Grandpa’s love’.

Ibu mentua Sarah turut menitip komen mendoakan agar Sarah diberikan kekuatan dan kesabaran sepanjang menjalani ibadah umrah.

“Semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan kepada anakanda Puteri Sarah untuk mengerjkan umrah dengan membawa hati yang telah hancur luluh bersama Syaikhul dan Sumayyah (nyawa penyambung hidupnya),” tulis Patimah.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram sebentar tadi, pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan kapsyen, Sarah yang mengenakan penampilan serba putih berharap orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak sekali gus dipermudahkan urusan sepanjang berada di Tanah Suci.

“Doakan Sarah dan anak-anak ya,” tulis Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Walau bagaimanapun, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.

Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata.

Sehingga kini, dia terus menjadi perhatian ramai selepas memfailkan permohonan cer4i terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.

Sementara itu, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah turut meninggalkan komen, mendoakan perjalanan Sarah dan anak-anak dipermudahkan selain meminta pelakon itu memaklumkan kepadanya sekiranya sudah pulang semula ke tanah air kelak.

“Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak,” tulis Fadzilah.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram Puteri Sarah, OMM, MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Hiburan

“Bukan takut… itu bukan tahap saya…” – Ini respon Mas Idayu bila ada desakan netizen minta masuk GV

Published

on

By

GARA-GARA memberikan komen pedas terhadap persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel di minggu keenam program Famili Duo (TV3), juri tetap iaitu Mas Idayu berterusan menerima kec4man hebat netizen di media sosial.

Selain kritikan mengenai penjuriannya, ada juga netizen mencabar Mas menyertai program nyanyian seperti Gegar Vaganza (GV) untuk membuktikan dia juga mampu menyampaikan pelbagai genre lagu dalam pertandingan berkenaan.

Menjawab mengenai komen itu, Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, berkata dia tidak gentar untuk menyertai mana-mana pertandingan namun pengalaman selama 38 tahun dalam industri lebih melayakkan dirinya untuk berada di kerusi juri.

Mas Idayu kongsi sudah 16 tahun duduk di kerusi juri.

“Bukan takut… itu bukan tahap saya… minta maaf! Pertandingan bukan tempat saya dah, sekarang tahap saya menjuri. Saya aktif menjuri. Sudah 38 tahun saya dalam industri dan sejak 16 tahun lalu saya jadi juri, sekarang ini baru saya terima kecaman paling tinggi.

“Seorang penyanyi atau guru vokal belum tentu boleh komen, jangan kerana tak puas hati dengan komen suruh saya masuk pertandingan. Yang duduk di kerusi juri itu tidak semestinya boleh menyanyi, pengalaman dia yang orang kena ambil,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini berpendapat penyanyi yang sudah berjaya mencipta nama tidak perlu memasuki mana-mana pertandingan nyanyian lagi.

“Mereka yang dah legend tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka yang dah ada nama, jangan jatuhkan maruah mereka untuk masuk pertandingan. Pertandingan hanya untuk mereka yang rasa diri mereka layak sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mas menjelaskan tindakannya menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya membuatkan dia tidak membaca kecaman daripada netizen.

Pun begitu, dia berlapang dada menerima segala kata-kata tersebut bagi memastikan peserta di dalam Famili Duo menunjukkan persembahan terbaik setiap minggu.

Makilah mereka sebanyak mana sampai dia orang puas… sampai terputus dia orang punya bil telefon atau habis topup mereka.

MAS IDAYU

PENYANYI

“Saya mengalu-alukan komen sesiapa sahaja yang nak memaki dan mencaci saya. Sejak beberapa hari ini saya banyak terima kata-kata kesat daripada netizen. Syukur Alhamdulillah, buatlah banyak-banyak lagi.

“Makilah mereka sebanyak mana sampai dia orang puas… sampai terputus dia orang punya bil telefon atau habis topup mereka. Paling penting, peserta Famili Duo bagus,” ujarnya.

Mas bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peserta Famili Duo membenci dirinya namun berharap mereka bertahan sehinggalah program berkenaan berakhir.

“Saya harap peserta Famili Duo bertahan dahulu sampai habis program ini. Kalau selepas ini dia orang nak benci saya pun terpulang.

Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap Famili Duo.

“Yang bagi markah saya dan juga Ajai, bukan netizen ataupun sesiapa yang berkokok dekat luar itu. Apa pun saya harap caci maki yang saya terima ini membuatkan Sissy Imann dan Naim Daniel lebih bersemangat sebab banyak yang sokong mereka ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Mas memberi kritikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap.

Susulan itu, Mas menerima kecaman hebat daripada netizen dan beberapa selebriti yang tidak senang dengan cara penjuriannya itu.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.