Connect with us

Viral

Tular Rakaman Vldeo Pgang Mkanan Lpas Anak BuangAlr Kecil, Ini Yang Jadi Dkat Rst0ran Trsebut..

Published

on

Kuala Lumpur – Sudahlah pegang anak lelaki yang baru selesai membuang air kecil di dapur, si ibu sekadar mencelup tangan dalam air kembali menyediakan makanan yang dimasak untuk pelanggan.

Begitulah ti.ndakan seorang wanita yang dipercayai tukang masak di sebuah kedai makan berdekatan sebuah gedung di Pekan Kota Tinggi di Kota Tinggi, Johor.

Bukan sekadar itu, dia kemudian dilihat memegang lauk yang sudah siap dimasak dan memindahkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Restoran Diarah Tutup

Sebuah restoran di sebuah pusat beli belah di sini yang tular selepas seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di bahagian dapur telah diarah tutup serta merta.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, ti.ndakan itu dibuat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi susulan si.asatan yang dijalankan di premis berkenaan pada jam 11.45 pagi Jumaat.

Hasil siasatan mendapati premis disewakan kepada warga asing. Kesemua empat pengendali makanan terbabit didapati tidak mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan serta seorang daripada mereka tidak mempunyai s.untikan T.yphoid.

Arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 12 A.kta Makanan 1983 serta Arahan Pembersihan di bawah Seksyen A.kta Makanan 1983.

“K.ompaun juga turut dikeluarkan ke atas pemilik premis kerana gagal memastikan premis di dalam keadaan baik dan bersih di bawah Peraturan 11, dibaca bersama Peraturan 15 kerana tidak mendaftarkan premis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Dalam pada itu, Tian Soon berkata, restoran terbabit juga dikesan mempunyai kes.alahan lain antaranya penc.emaran di tempat penyimpanan makanan selain lantai premis k.otor tidak dibersihkan, dinding yang berhabuk dan bersawang.

Penyimpanan makanan yang tidak bersih juga dikesan di premis ini. Terdapat talang telur yang berada di tempat penyediaan makanan dan telur-telur yang tidak dicuci sebelum digunakan.

Tempat mencuci tangan juga tidak dilengkapi dengan sabun cecair dan pengering tangan atau tuala pakai buang. Menggunakan tong sampah yang tidak dibersihkan, k.otor dan tidak bertutup.

Kredit : Sinar/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral

Usia 20 tahun sudah kahwin 2 kali, janda Kuantan pilih suami baharu umur 70an… “Dia ada kereta, senang bawa Nik jalan-jalan”

Published

on

By

KETIKA usianya baru mencecah 20 tahun, wanita ini sudah dua kali berumah tangga.

Namun wanita dikenali sebagai Nik itu menjadi perhatian netizen bukan disebabkan berkahwin muda, sebaliknya kerana mengahwini warga emas dalam lingkungan 70 tahun.

Menerusi rakaman siaran langsung yang dikongsikan semula pengguna TikTok @aladamramadhan, Nik menjelaskan dia sudah biasa menjadikan lelaki berusia sebagai teman hidup.

tekan link dibawah:

TikTok @aladamramadhan,

“Saya dan biasa kahwin dengan orang tua. Sejak umur 18 tahun habis sekolah terus kahwin. Ni kahwin kali kedua,” ujarnya di TikTok.

Apabila diajukan soalan mengenai suami pertama, wanita berkenaan mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah meninggal dunia akibat sakit jantung sebelum Nik bertemu dengan pasangan baharu.

Dalam pada masa sama, Nik yang berasal dari Kuantan, Pahang juga menceritakan bagaimana dia dipertemukan dengan suami keduanya itu.

“Anda semua tak faham apa yang Nik rasa. Suami pertama dah meninggal sakit dada (sakit jantung).

Tangkap layar live yang dibuat oleh Nik di TikTok.

“Mak tiri Nik cakap ada orang datang rumah nak jumpa. Lepas tu mama cakap lelaki tua, Nik cakap tak apa mama, lelaki tua pun tak apa sebab Nik sayang warga emas.

“Mama cakap dia ada kereta ada rumah sendiri. Nik pun happy… senanglah nak bawa Nik pergi jalan-jalan.

Sekurang-kurangnya suami dia ada rumah dan kereta… mungkin sebab dia rasa kekurangan dia, kita tak tahu.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Nik.

Namun ramai antara mereka mendoakan agar perkahwinan kedua wanita itu bahagia hingga ke Jannah.

Komen netizen di TikTok.

“Dia ada cakap dekat komen. Sekurang-kurangnya suami ada rumah dan kereta. Mungkin sebab dia rasa kekurangan dia. Kita tak tahu. Sebab tu dia pencinta warga emas.

“Nik suka warga emas, biarlah dia kahwin. Kita yang minat emas ni teruskan minat kita. Kita tak ada warga pun tak apa.

“Dalam banyak-banyak emas. Emas 916 saja saya biasa. Yang lain belum biasa.

“Ini bukan father issues, ini grandfather issues,” komen netizen pada video.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading

Viral

“Di luar kotak betul” – Pensyarah sempoi jadi individu ‘terpaling ikut tema’ majlis makan malam. Berbaloi!

Published

on

By

PENAMPILAN dan fesyen glamor pastinya menjadi pilihan untuk acara karpet merah.

Sama ada mengenakan busana mewah mahupun berjenama, rekaan pereka fesyen atau menyewa kostum demi menepati tema, setiap tetamu majlis sudah pasti tidak mahu kalah dalam bergaya.

Apakah dalam fikiran anda untuk majlis bertemakan karpet merah?

Bagi pemuda ini, penampilannya mungkin dianggap biasa-biasa tetapi netizen menyifatkannya sebagai berfikir di luar kotak dan kreatif!

Gayanya ternyata sangat menepati tema apabila dia menyarung sekeping karpet merah.

Begitulah idea yang terlintas dalam fikiran pensyarah Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) di Sejingkat, Kuching, Ahmad Farid Yang Abd. Talib yang menghadiri majlis makan malam anjuran Kelab Rekreasi KMSw di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, pada Sabtu lalu.

Farid (belakang, dua, kiri) bersama rakan-rakan di majlis ‘KMSw Red Carpet Dinner 2023’.

Pemuda berusia 35 tahun itu pada mulanya mengakui kusut memikirkan apakah busana yang paling sesuai dipakai untuk mengikut tema yang ditetapkan bagi majlis ‘KMSw Red Carpet Dinner 2023’.

“Kalau tema red carpet atau karpet merah, orang mesti nak glamor atau sewa mahal-mahal saja. Saya fikir beli saja karpet merah saiz sederhana berharga RM20.

Kalau tema red carpet atau karpet merah, orang mesti nak glamor atau sewa mahal-mahal saja.

AHMAD FARID YANG ABD TALIB

“Nak beli karpet bersaiz lebih besar harganya RM60, mahal pula. Keadaan ekonomi sekarang tak berapa baik.

“Jadi, karpet harga RM20 ni saya potong di bahagian tengah dan sarungkannya, dengan saya berpakaian sukan di bahagian dalam,” katanya kepada mStar.

Farid berpengalaman sebagai pensyarah selama 10 tahun.

Senang disapa Farid, dia tidak menyangka terpilih sebagai pemenang bagi hadiah pakaian tercantik pada malam itu, dengan menerima hadiah berupa baucar beli belah bernilai RM50.

“Syukur Alhamdulillah, tak sangka menang sebab semuanya hebat bergaya. Saya dapat hadiah baucar shopping RM50, kiranya balik modal dan ada baki RM30,” ujar pensyarah Kimia dari Jabatan Sains ini.

Farid terpilih sebagai pemenang pakaian terbaik.

Berpengalaman sebagai pensyarah selama sedekad, Farid turut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menyanyi pada majlis tersebut.

“Semua orang nyanyi lagu sedih-sedih, tapi saya pilih untuk menyanyi lagu yang lebih ceria iaitu lagu tema cerita Gaban yang merupakan watak superhero,” katanya yang mengikuti pelbagai jenis kartun Jepun seperti Kamen Rider, Power Rangers, Gaban dan Ultraman.

Susulan tular video yang memaparkan dirinya berpakaian ‘karpet merah’, pemuda yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini tidak kisah dirinya dilabel sebagai ‘Mr Karpet Merah’.

“Ia mungkin sekadar nama, tapi saya okay je. Kalau dulu student panggil saya dengan panggilan Sir, dan akan datang bertukar Mr Red Carpet… saya tetap sempoi, tak ada strict.

“Sebab viral juga, saya tak jadi nak potong karpet merah kepada dua bahagian. Ingatkan nak buat alas kaki, tapi saya simpan dulu buat masa ni,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Gaya karpet merah yang dipilih turut menjadi perhatian rakan-rakan.

Menerusi ruangan komen di akaun TikTok @4zjee, rata-rata netizen terhibur dengan penampilan si jejaka ‘karpet merah’ ini.

“Di luar kotak betul.

“Terpaling ikut tema.

“Betul-betul red carpet dia pakai,” demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading

Viral

“First time makan sushi” Gelagat Lelaki ‘Blur’ Tak Tahu Macam Mana Nak Ambil Sushi Buat Ramai Terhibur!

Published

on

By

Sushi merupakan makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sudah tentu ramai diantara kita yang merupakan penggemar sushi, sehinggakan sanggup datang setiap minggu semata-mata kerana ‘craving’ sushi.

Namun pun begitu, masih ramai pada hari ini yang masih belum mencuba untuk makan sushi, ada yang kerana tidak gemar makan makanan yang tidak masak sepenuhnya, ada juga yang kerana kekangan masa namun bila diajak oleh kawan-kawan atau keluarga, takkan lah kita tidak jamah kan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang pemuda ketika makan di restoren sushi buat kali pertama mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abeuwais, kelihatan seorang lelaki sedang makan bersama rakan-rakannya yang lain.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia tidak tahu cara untuk ambil sushi tersebut di mesin layan diri dan dia kelihatan teragak-agak untuk mengambilnya malah hanya ambil penutup sushi itu sahaja ketika sushi lalu disebelahnya.

Seperti kita tahu, satu pinggan di Sushi King mengandungi 2 (dua) sushi tetapi lain pula dengan beliau. Beliau cuba untuk mengambil satu keping sahaja sushi berkenaan.

“Bila first time makan sushi . nasib kawan habaq” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah lelaki tersebut yang ‘blur’ tak tahu bagaimana nak ambil makanan jepun itu.

Bukan itu sahaja, segelintir daripada netizen juga akui pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika pertama kali datang ke restoren sushi.

Antara komen warga maya:

“Dia punya blur tak berlakon”

“Hahahaha sepotong sepotong dia nak amik”

“hahaha kau dah kenapa uwais angkat penutup tu je.. nasib baik sempat ambil sushi tu”

“Kalau kau tak marah dia bang, mesti dia amik 1 pastu tutup balik”


Video yang di laman TikTok:

@abeuwais Bila first time makan sushi . nasib kawan habaq . #foryou #fyp #fypage #ejassikit#uwaispargoy #masukberandafyp original sound – 🧾 – rizzjack

Video:

https://www.tiktok.com/@abeuwais/video/7169546990450248987?is_from_webapp=1&sender_device=mobile&sender_web_id=7149765875909101057

Sumber: yoy.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.