Connect with us

Hiburan

“Sor0klah selagi boleh sor0k” – Puteri Sarah beri bayangan Syamsul, Ira nikah secara senyap?

Published

on

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana memberi bayangan suami, Syamsul Yusof dan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangganya, Ira Kazar sudah berkahwin, sekali gus menjawab gosip yang menjadi bualan ramai, sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram (IG) Story dimuatkan naik pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan Radhi Rudy Bin Dadu itu, Puteri Sarah dipercayai menyindir Syamsul dan Ira.

“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.

“Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan tokslk.

“Penipu akan sentiasa menjadi penlpu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” tulisnya.

Menerusi hantaran berbeza dalam IG Story, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi gambaran jelas apa yang berlaku dalam kemelut rumah tangganya.

“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kej4mkan manusia.

“Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak.

“Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” ujarnya.

BH Online sempat menghubungi Puteri Sarah berhubung hantaran yang dimuat dalam IG Story, malam tadi.

Apabila diajukan persoalan adakah ia berkaitan gosip yang mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira tanpa pengetahuannya, Puteri Sarah hanya ketawa di hujung talian.

“Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak menjawabnya.

“Lebih sesuai empunya diri buat penjelasan dan pengumuman,” katanya ringkas.

Ditanya hantaran itu ditujukan kepada siapa, Puteri Sarah menjawabnya, “Siapa makan cili, dialah rasa pedas,” ujarnya enggan mengulas panjang.

Tambah Puteri Sarah, dia memilih tidak mengulas lanjut berhubung status rumah tangga yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Puteri Sarah muat naik hantaran dalam IG Story dipercayai menyindir Syamsul dan Ira Kazar. – Foto IG Puteri Sarah

Katanya, dia masih tidak tahu apa yang bakal berlaku, namun berharap ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.

“Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tetapi saya mengharapkan perkara positif berlaku. Semua pihak mendoakan perkara terbaik untuk saya dan anak-anak.

“Orang boleh bercakap apa sahaja, suruh buat itu dan ini, tetapi akhirnya ia berbalik apa yang saya mahukan.

“Anda akan tahu apa yang saya nak, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Flagship Store Shoppes Rizman Ruzaini di Four Seasons Place, petang tadi.

Ditanya adakah berkemungkinan akan berpisah dengan Syamsul, Puteri Sarah berkata, dia hanya berserah kepada kuasa Allah dan enggan menoleh ke belakang lagi.

“Saya tak tahu, Allah Maha Kuasa. Saya sudah lama reda sebaik membuat pendedahan apa yang berlaku dalam rumah tangga.

“Saya pun tiada rasa nak toleh ke belakang atau menyesal.

“Jadi, semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa juga keputusan dipilih sempena tahun baharu.

“Saya mengharapkan doa orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber: BH online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

“Kita sudah bayar, dia nak apa lagi?” Enam bulan tk ada kerja, Ali puteh luah ini trpaksa buat nak selesai bayaran Hldayah

Published

on

By

Pelawak Ali Puteh tidak menafikan mempunyai kekangan untuk membayar jumlah sebesar itu memandangkan dia sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menggunakan segala platform miliknya bagi menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah secara pukal.

“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam menlnggal dunla, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bkan penjen4yah di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenyah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.

“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.

Ali ketika ditemui di rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, di sini, semalam, berkata proses pembayaran itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu.

Sementara itu, berkenaan mengenai rumah Abam yang diminta Hidayah, Ali berkata, dia tidak boleh menyerahkan kepada Hidayah kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwh ibunya. Justeru kata Ali, pihaknya akan membayar saman untuk mengelakkan rumah itu dari disita.

“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwh emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.

“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.

“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwh emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwh emak saya,” katanya.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

“Sebijik muka bini dia” Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan, Lesung Pipit Manis Macam Daddy!

Published

on

By

 

Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi, Usop jarang-jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya, apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum.

Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia empat bulan, Usop memuat naik wajah kesayangannya dan isteri di Instagram.

Cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Saif Umar itu kini sudah pun berusia empat bulan selepas dilahirkan pada November tahun lalu.

Bukan hanya berkongsi wajah bahkan Usop turut membuka akaun Instagram buat Umar.

“Hye uncle onty. Umar dah ada IG follow la umar oceyy🙈❤️ @saif_umar22.

“Umar sedih sebab kena cucuk sakit,” tulisnya di kapsyen.

Apa yang lebih menarik perhatian wargamaya pastinya wajah comel Umar saling tak tumpah seperti isterinya Nur Fatihah Md Hashim atau mesra di sapa Teha.

Malah wajah comel Umar dipuji ramai kerana turut memiliki lesung pipit pemanis seperti ayahnya.

Terdahulu, Usop mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 3 Februari 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Saif Umar yang lahir pada November 2022.

Sumber:PA&MA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

Diana Danielle mohon cer41, dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga tapi FaridKamil enggan lafaz talak…

Published

on

By

DUNIA hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga artis apabila pelakon Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil awal bulan lalu.

Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.

Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.

Diana bersama dua orang anaknya.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.