Connect with us

Viral

Peniaga rancak jual baju, tiba-tiba muncul lelaki tanya saiz br4! Akhirnya dapat malu, wajah terpampang di media sosial

Published

on

NIAT mahu mencari rezeki, seorang penjual dalam talian tidak menyangka menerima komen berbaur luc4h ketika bersiaran langsung (live) di laman sosial.

Menerusi perkongsian video, wanita berkenaan mendedahkan kejadian berlaku ketika dia menjual pakaian secara live di TikTok.

Ujar penjual itu, salah seorang daripada pengguna TikTok yang mengikuti sesi live itu seolah-olah berminat dengan baju yang dijualnya dengan bertanyakan saiz.

Antara komen berbau luc4h daripada pelaku.

Dia pada mulanya menyangka komen tersebut daripada perempuan memandangkan baju-baju yang dijualnya untuk wanita.

“Tengah malam tadi aku buat live jual baju kat TikTok live. Lepas tu dia masuk, dia tanya dada sis saiz berapa?

“Aku ingat perempuan la kot. Kadang-kadang ada je customer perempuan pakai akaun TikTok suami mereka. Aku pun cakaplah baju muat sekian sekian,” katanya.

Penampilannya ketika ‘live’ pada malam kejadian.

Tidak cukup sekadar itu, lelaki itu kemudian terus bertanyakan tentang ukuran saiz baju dalam (br4) yang dipakainya pula.

“Lepas tu dia dok tanya cup sis saiz berapa. Aku dah setahun menjual kat TikTok ni, tak pernah lagi perempuan tanya macam ni.

“Lepas tu viewer aku pun beritahu dia tu lelaki. Kau dah kenapa? Moderator saya terus bl0ck dia,” ujarnya lagi.

Sijil perkhidmatan cemerlang pelaku di sebuah IPTA antara yang didedahkan penjual.

Bagi mengelak salah faham netizen mengenai pemakaiannya yang mungkin mengundang komen luc4h, penjual online itu berkongsi semula fotonya ketika malam kejadian yang menunjukkan penampilan berhijab, dengan baju lengan panjang dan potongan longgar.

Geram kerana menerima komen berunsur luc4h, penjual itu akhirnya menyelidik akaun media sosial lelaki berkenaan dan berkongsi foto-fotonya kepada umum

Dipercayai individu tersebut bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Kau salah orang bang cari pasal. Saya cari rezeki kat TikTok.

PENJUAL DALAM TALIAN

“Kalau abang nak perhatian, saya bagi perhatian untuk lelaki yang sang4p macam abang. Kau salah orang bang cari pasal. Saya cari rezeki kat TikTok.

“Kau jangan bukan-bukan. Kau kalau dah sang4p sangat, kau pergilah dekat Bukit Bintang tu, RM50. Kau pergi sana,” katanya yang turut mendedahkan sijil penghargaan perkhidmatan cemerlang suspek di universiti termasuk nombor plat kenderaannya.

Menerusi keterangan video berdurasi kira-kira dua minit itu juga, wanita tersebut menuntut pelaku untuk membuat permohonan maaf.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan penjual wanita itu yang berani membuat pendedahan mengenai pelaku.

“Bagus, saya sokong. Baru padan muka lelaki macam ni.

“Dah boleh buat laporan polis tu sis, gangguan s3ksual tu. Jangan bagi benda-benda ni dinormalisasikan.

“Pengajaran untuk lelaki lain, tak semua perempuan sama,” demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun, tidak dipastikan kesahihan identiti lelaki yang didakwa mengeluarkan komen luc4 kepada penjual tersebut.

Hasil semakan kemudian mendapati video pendedahan peniaga tersebut tiada lagi dipaparkan di akaun TikTok miliknya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral

Mat salih tak boleh ‘move on’, terp4ksa tahan ‘g0daan’ teh tarik selepas pulang ke Amerika… anggap Malaysia ada minuman ajaib

Published

on

By

TAK kenal maka tak cinta.

Selain keindahan Malaysia dan keramahan rakyatnya, antara lain yang menjadi tarikan pelancong asing ke negara ini adalah makanan dan minumannya.

Keistimewaan itu membuatkan ada dalam kalangan mereka membawa pulang pek makanan atau minuman kegemaran ke negara asal masing-masing.

Menerusi satu video di laman sosial, seorang warga Amerika Syarikat (AS) turut tidak terkecuali berkongsi pengalaman mengenai kunjungannya ke Malaysia, baru-baru inu.

“Ini (paket serbuk teh) mengingatkan saya tentang Malaysia. Saya beli ini pada hari saya travel (di Malaysia).

“Saya tak tahu ini adalah teh tarik atau sesuatu yang lain. Saya tidak begitu pasti, tetapi rasanya bagus,” katanya.

Warga Amerika ini membancuh teh menggunakan pek minuman segera yang dibeli dari Malaysia.

Bagaimanapun, dia terpaksa menahan ‘godaan’ daripada minum teh tersebut kerana bimbang akan berasa ketagih memandangkan tidak banyak baki paket yang ada dalam simpanannya.

“Saya cuba untuk ambil banyak kerana tak mahu ia cepat habis. Hanya tinggal dua (paket) lagi, saya akan menyimpan yang lain dan guna yang ini.

“Ini mengingatkan saya kepada Malaysia dan ‘beautiful people’,” katanya yang sekali lagi mengulangi pendiriannya tentang negara ini.

Menerusi video berdurasi seminit itu, dia turut menunjukkan minuman yang dibancuh menggunakan air panas dan serbuk teh sambil menggambarkannya sebagai ‘air ajaib’.

Dia kemudian menghirup secawan teh di tepi tingkap.

“Teh tarik? Saya tak tahu,” katanya menerusi video di akaun TikTok @random.4.you.

Menikmati minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Menerusi ruangan komen, dia tetap bertanya sama ada ia adalah teh tarik atau sebaliknya, dan jika bukan, apakah nama minuman tersebut.

Malah, dia turut memaklumkan pakej minuman teh segera itu tidak dijual di Amerika.

Yes teh tarik, sedap.

NETIZEN

Rata-rata netizen memberitahu air yang dibancuhnya adalah teh tarik, yang merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia pada bila-bila masa.

“Ye betul (teh tarik). Anda hanya perlu ‘tarik’ minuman itu sendiri.

“Ye bro. Ia adalah teh tarik segera.

“Yes teh tarik, sedap.

“Teh tarik satu,” demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, minuman tersebut turut mengingatkan netizen kepada Cameron Higlands di Pahang yang memang terkenal dengan ladang teh.

Membalas komen netizen, dia memaklumkan ada bercadang untuk ke tanah tinggi itu sewaktu kunjungannya ke Malaysia tetapi perjalanannya agak jauh.

“Saya nak pergi tapi saya dapati perjalanannya panjang dan saya tidak (pergi). Tetapi ia dalam senarai (untuk pergi) lain kali,” ujarnya lagi.

Tahun lalu, warga Amerika ini sanggup menempuh perjalanan selama 30 jam ke Malaysia, dan membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar raya paling popular di dunia, New York.

“Kuala Lumpur bagi saya lebih moden berbanding New York City, dan pastinya lebih selamat,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Viral

“Saya telan dar4h, setitik pun tak jatuh” – 30 jam tengah laut, 3 kejadian luar biasa! Mgsa tak bermimpi dengar azan ketika hanyut

Published

on

By

HANYA berpaut pada sebuah tong minyak berwarna putih, seorang lelaki bertahan hanyut di tengah laut selama lebih 30 jam.

Kisahnya bermula apabila bot yang dinaikinya untuk memancing karam setelah dipukul ombak di perairan Karambunai di Kota Kinabalu, Sabah, pada 25 Januari lalu..

Selepas dua hari dan satu malam, dia berjaya ditemukan dan diselamatkan oleh kru Kapal KD Sundang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Sepanggar.

Mengimbas kembali detik-detik cem4s itu, lelaki berkenaan, Meris Dulin berkata, pada hari kejadian dia keluar untuk memancing bersama anak sulung dan anak saudaranya.

Meris hanya berpaut pada tong minyak. -foto KD Sundang

“Kami keluar selepas subuh, pada mulanya ombak tidak begitu besar. Tiba-tiba langit bertukar mendung, jadi gelap. Saya beritahu mereka untuk pulang, patah balik.

“Tiba-tiba keadaan gel0mbang besar, masuk dalam air dan kami terbalik. Mereka sempat pakai jaket keselamatan dan saya minta mereka untuk berenang selamatkan diri,” katanya kepada mStar.

Dalam keadaan laut bergelora, hujan dan ribut sepanjang malam, lelaki berusia 64 tahun itu hanya mampu berserah kepada Allah SWT dan mengharapkan keajaiban.

“Ketika itu, saya tak tahu hala tuju… hidup atau m4tl, saya fikir jika ajal datang di laut, apa boleh buat, saya terima takdir Allah.

“Pada tong yang sempat dibuangkan minyak itu saya berpaut. Ketika itu juga, beberapa batang gigi patah sampai berdarah dihentak bot ketika laut bergelora.

“Saya telan darah tanpa menjatuhkan setitik pun ke laut kerana tidak mahu mengundang bahaya yang mungkin menarik perhatian ikan-ikan besar,” ujarnya yang berasal dari Tuaran, Sabah.

Meris ketika diselamatkan oleh pasukan keselamatan. foto KD Sundang

Dalan keadaan lemah, menurut Meris, tangannya masih kuat berpaut pada tong namun kaki mulai rasa kebas dan kejang.

“Sepanjang malam saya tak tidur. Kalau tertidur pasti akan tenggelam. Daya dan kekuatan kaki untuk mengapungkan badan mulai hilang,” katanya yang sebelum ini merupakan nelayan dan menjadikannya sebagai sumber rezeki keluarga selama kira-kira 40 tahun.

Bapa kepada empat anak itu juga tidak menyangka berdepan dengan kejadian luar biasa apabila mendengar laungan azan di tengah lautan.

“Saya yakin dapat mendengar laungan azan itu berulang kali dengan begitu jelas. Saya dengar ‘Allahuakbar, Allahuakbar’ berulang kali.

“Saya fikir betapa besar kuasanya Allah. Saya yakin berada jauh dari tepi pantai, dengan bunyi ombak dan angin, masih dapat mendengar laungan azan secara jelas.

“Subhanallah, saya tidak mimpi malam itu. Saya sedar dan dapat mendengarnya… patutlah apabila ada orang hilang kita berusaha juga dengan melaungkan azan,” ujarnya lagi.

Pasukan SAR menyelamatkan Meris. foto KD Sundang

Bukan setakat itu, Meris mendedahkan sebelum laungan azan, dia terlebih dahulu berdepan dengan kehadiran makhluk yang sangat besar mengelilingnya.

Namun kerana mata mulai pedih ketika itu, dia tidak dapat melihatnya dengan jelas tetapi yakin makhluk tersebut adalah seekor ikan besar.

Setiap kali diimbas kembali, saya menangis… bersyukur kepada Allah kerana masih beri peluang untuk saya terus hidup.

MERIS DULIN

“Saiznya mungkin hampir sebesar sebuah bas. Saya sambut dengan doa dan berzikir. Saya tidak takut, hanya fikir jika makhluk itu adalah ‘kiriman’ Allah untuk menjaga saya.

“Walaupun tidak berapa jelas, saya juga dapat melihat satu cahaya dari langit yang melintas di kepala saya, dan cahaya itu seakan ‘berpecah’ dan masuk ke laut dengan pantas,” katanya.

Isteri menjaga Meris sepanjang menerima rawatan di hospital. foto FB Asri Meris Anthony

Meris berkata, perasaannya bercampur baur saat diselamatkan oleh kru kapal KD Sundang, malah berasa sangat sebak di dada.

“Rasa bersyukur dan gembira. Pada masa sama, sedih kerana meninggalkan laut mengenangkan kejadian luar biasa yang saya lalui. Tengok laut, saya menangis tak berhenti.

“Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali diimbas kembali, saya menangis… bersyukur kepada Allah kerana masih beri peluang untuk saya terus hidup,” katanya.

Dimasukkan ke hospital selama empat hari untuk menerima rawatan, Meris kini pulih sepenuhnya dan kembali menjalani kehidupan bersama keluarga di Tuaran.

“Nasihat saya, jika cuaca tidak baik dan keadaan tidak menentu, harus berjaga-jaga untuk ke laut. Jangan lupa Allah SWT kerana Dia yang beri perlindungan,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dilaporkan berkata, mangsa, Meris Dulin, 64, berjaya ditemukan pada pukul 1.30 petang pada 26 Januari lalu, di kedudukan 5.5 batu nautika barat Tanjung Gaya setelah pencarian memasuki hari kedua.

Menurut beliau, dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai berdekatan.

“Mangsa seterusnya diselamatkan oleh KD Sundang dan dibawa ke Jeti Pangkalan TLDM Sepanggar untuk rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera TLDM Sepanggar,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Viral

Ratu Farah Diva Tiba-Tiba ‘Sentap’ Dan Bergaduh Di Tik Tok, Ramai Luah Rasa Sangsi, “Korang Rasa Dia Sihat Ke…”

Published

on

By

Semalam tular di platform Tik Tok apabila personaliti media sosial, Ratu Farah Diva dikatakan bergaduh dengan beberapa influencer yang lain. Difahamkan, Ratu telah masuk ke dalam siaran langsung tersebut dan memaki hamun mereka secara tiba-tiba tanpa sebab.

Namun menurut Ratu, dia berasa marah apabila mereka di dalam siaran langsung itu telah mengutuknya dan melakukan ‘body shaming’ terhadapnya. Tindakan spontan dari Ratu ini turut membuatkan yang lain berasa keliru kerana mereka langsung tidak ada mengutuk wanita itu seperti yang dikatakan.

“Kau jangan macam macam dengan aku. Aku pun ada hati dan perasaan tau. Apa perasaan kau bila orang hina kau.”

Dalam masa yang sama, ruangan komen di siaran langsung itu turut dihujani dengan reaksi pelik netizen yang tertanya-tanya apa yang membuatkan Ratu terasa hati tidak semena-mena. Malah ramai yang menganggap tindakan Ratu itu sebagai biadap dan tidak patut kerana telah mengguris hati mereka yang berada di dalam ‘live’ tersebut.

Namun ada yang mendakwa Ratu sebenarnya terasa hati apabila cintanya ditolak oleh salah seorang Tik Toker yang berada di dalam sesi ‘live’ itu. Video yang tular itu kemudiannya dikongsikan semula di Twitter di mana rata-rata netizen turut meluahkan rasa hairan melihat perangai pelik Ratu ini.

 

 

Komen netizen

Ada juga netizen yang beranggapan dakwaan Ratu mempunyai masalah mental adalah benar jika dilihatkan dari gayanya itu. Warganet turut berharap Ratu dapat menerima rawatan segera sekiranya benar wanita itu mempunyai masalah mental seperti yang dikatakan sebelum ini.

“Kalau dah selalu bawak watak sewel demi populariti dan social media, tanpa sedar watak yang direka tu jadi sebati dengan diri dan jadi personaliti sebenar dia.”

“Lama dah aku perati, dia memang kurang upaya lah mungkin intellectual disability.”

Sumber: syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.