Connect with us

Isu Semasa

“Poligami Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu ..”- Ustaz Azhar Idrus

Published

on

Sejak semalam, isu poligami semakin hangat menjadi bualan ramai apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang sekaligus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila  pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.

Mana tidaknya, Syamsul pada mulanya menafikan dia sudah berkahwin dengan Ira dengan mengatakan ia hanyalah fitnah semata-mata sehingga mahu ‘saman’ pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pun begitu, Syamsul menegaskan pelakon, Puteri Sarah  masih isterinya yang sah dan berharap agar pulang ke pangkuannya bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka tanpa hebahkan aib di media sosial.

Poligami tak salah tetapi biar atas izin isteri dan mereka bahagia

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan ‘hukum’ seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya sehingga membuatkan hati wanita remuk dan kecewa.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjawab pertanyaan sama ada saha atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,”ujarnya.

Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.

Oleh itu, adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.

“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,”ujar Ustaz Azhar Idrus.

Isteri tipu, suami marah. Kalau suami kahwin lain tanpa pengetahuan, ingat isteri tak marah ke?

Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.

“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),”jelasnya lagi.

 

Sumber: aznewstime

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

“Bini Syamsul Bukan 2..” Baru Sahaja Syamsul Kahwin Lagi..Sharifah Syahirah Beritahu Berapa Jumlah Sebenar Isteri Syamsul…

Published

on

By

Nampak i.su rumahtangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah seperti tiada noktahnya di media sosial. Difahamkan, Puteri Sara me.ndak.wa suaminya Syamsul seperti berdrama ‘play vict.im’ dan membuatkan seperti dia tidak bersalah.

Sedar atau tidak, i.su rumahtangga pasangan ini telah mendapat cam.pur ta.ngan netizen sehinggakan segala hal dalam kain seolah-olah mahu didedahkan kepada umum. Bimbang dengan hal ini, pelakon dan pengacara, Raja Azura berharap isu ini dapat di.entik.an.

“Sudahlah.. doakan baik-baik, kesian kisah rumahtangga dibuka. Jadikan tauladan pasangan yang ada”- tulis Raja Azura

Semua marah macam bini dia…

Dalam pada itu, penyampai radio Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera dilihat mem.balas komen Raja Azura dan menulis;

Faham… i hormat awak Raja Azura. Aku rasa bini Syamsul bukan dua, dia kena jawab dengan yang lain. Bini dia ramai, satu Malaysia. Dekat sosial media ni, semua marah macam bini dia.” tulis Shiera.

Untuk rekod, Syamsul sebelum ini mengakui telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa kandung wanita itu yang juga seorang pelakon terkenal, Kazar Saisi.

Peguam Puteri Sarah Dedahkan Hari Apa Isteri Syamsul Yusof Akan Ke Mahkamah Untuk Buat Permohonan Cerai

Kepincangan rumah tangga pengarah sensasi Syamsul Yusof mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada Isnin ini.

Difahamkan permohonan untuk bercerai itu sepatutnya difailkan hari ini namun ditangguhkan ke minggu depan berikutan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Perkara tersebut kemudian disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.

Menjawab pertanyaan sama ada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu akan hadir pada pemfailan permohonan cerai itu, Akberdin menjawab: “Pasti hadir”.

Baru-baru ini melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, mengharapkan agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar.

Terdahulu, Syamsul akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand pada Jumaat minggu lalu.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Puteri Sarah, 38, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatsApp selama setahun

Sumber: Muraimy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Isu Semasa

Mat Sabu Umum langkah import telur, sekali kena ‘sekolahkan’ dengan Boss Mydin

Published

on

By

Kuala Lumpur: Mengimport bekalan telur ayam dari negara luar bukan penyelesaian terbaik kepada masalah kekurangan sumber protein itu.

Pengarah Urusan Rangkaian Pasaraya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu.

Katanya, sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong.

“Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi,” katanya yang dipetik FMT Bussines.

Ameer berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Dalam pada itu, Ameer berkata, sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, pihak berkenaan perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.

“Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara berkenaan. Namun sukar untuk melihat bagaimana langkah mengimport telur ini dapat menyelesaikan masalah.

“Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini.

“Harga telur paling rendah adalah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

“Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji.

Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis itu dan ia menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran.

“Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading

Isu Semasa

Rakyat Tunggu Formula Myvi RM25,000. Ini Kata2 Rafizi Ramli Selepas Seminggu Dilantik Menteri Ekonomi

Published

on

By

Siapa tak kenal dengan Rafizi Ramli yang sering digelar sebagai pakar formula dan cukup aktif bersuara soal ekonomi negara.

Sekarang, Rafizi Ramli bukan hanya boleh bersuara tapi boleh bertindak selepas dilantik sebagai Menteri Ekonomi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas dilantik, Rafizi buat pertama kalinya bersuara tentang pelantikan ini yang melihat sudah tiba masanya semua pihak kembali jalankan tugas sebenar.

PRU15 dah selesai, kerajaan dah ada. Masa untuk kembali ke rutin harian. Cari rezeki halal, buat terbaik dalam semua benda, berbakti dan cari redha Allah.

Yang kerajaan, yang pembangkang, buat terbaik untuk rakyat.

Rafizi turut berkongsi dengan satu gambar menunjukkan dirinya bersemangat untuk kekal sihat dengan bersenam.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang dilihat mendiamkan diri hampir seminggu di Twitter kembali bersuara berhubung pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Menerusi ciapan dimuat naik, Rafizi memaklumkan sudah tiba masanya bagi semua pihak kembali menjalankan rutin asal iaitu melaksanakan tugas dan amanah diberi dengan baik untuk rakyat.

“PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) dah selesai, kerajaan dah ada.
“Masa untuk kembali ke rutin harian – cari rezeki halal, buat terbaik dalam semua benda, berbakti dan cari redha ALlah,”ciapnya.

Katanya lagi, semua pihak baik kerajaan atau pembangkang haruslah berganding bahu dan melakukan terbaik untuk rakyat.

“Yang kerajaan, yang pembangkang, buat terbaik untuk rakyat,”ujarnya.

Dikesempatan itu, beliau juga sempat berseloroh dengan mengatakan individu yang merasakan sudah ‘gemuk’ haruslah bersenam.

Selain itu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempat menjawab beberapa komen dan pertanyaan pengikut di laman Twitter mengenai perkembangan semasa.

Antaranya adalah akan mengadakan sidang media pertamanya sebagai menteri sebaik sahaja selesai sesi taklimat dan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Sekadar info, Rafizi sememangnya gemar berkongsi perkembangan di laman Twitter miliknya serta membalas setiap komen yang ditinggalkan oleh pengikut.

Formula turunkan harga kereta yang pernah dinyatakan Rafizi sebelum ini.

Rakyat tunggu formula Myvi RM25,000 Rafizi
PETALING JAYA- Formula turunkan harga kereta yang dikupas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini menjadi isu yang paling ditunggu rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR itu pernah menyatakan harga Perodua Myvi hanya mencecah sekitar RM25,000 sehaja sekiranya tidak dimasukkan cukai.

Beliau juga sebelum ini mendakwa sekiranya pihaknya mentadbir negara, harga kenderaan yang dijual di Malaysia bakal diturunkan.

Orang ramai ternyata ternanti-nanti formula tersebut setelah Pakatan Harapan kembali memerintah setelah berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan bersama parti komponen lain.

Ia juga ditambah apabila Rafizi turut dilantik sebagai Menteri Ekonomi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan Kabinetnya semalam.

“Sekarang tibalah masanya untuk dia mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan dahulu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, sesiapa yang nak beli kereta “hold” dulu… tunggu menteri umumkan perlaksanaan formula tersebut,” jelas Azizi Hamid.

“Ada hikmah atas pelantikan beliau,” kata Mohd Saiful Izwan.- KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.