Connect with us

Hiburan

[Video] Sempena Ulang Tahun Yang Ke 50 Che Ta Hadiahkan Diri Dengan Banglo RM10 Juta

Published

on

KUALA LUMPUR: Menyambut ulang tahun ke 50 pada 9 Mac lalu, Rozita Che Wan atau Che Ta meraikan hari penuh bermakna tersebut dengan menghadiahkan diri sendiri sebuah banglo serba mewah mencecah RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Katanya, penantian selama empat tahun untuk mendiami kediaman berkenaan selepas menghadapi beberapa mas4lah termasuk kontraktor pembinaan menghil4ngkan diri akhirnya dapat direalisasikan serentak pada hari ulang tahun kelahirannya.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini apabila dapat tinggal di rumah baharu yang sudah lama kami sekeluarga usahakan dan impikan.

“Bukan sekecil anak jumlah dilaburkan untuk rumah ini selepas dit1pu dengan beberapa kontraktor pembinaan selain diuji pula fasa pand3mik Cov1d-19 hingga proses pengubahsuaian rumah turut tertangguh lama.

“Saya bersyukur kini semuanya berakhir telah berakhir. Perasaan itu sukar digambarkan tambahan pula Ramadan dan Syawal bakal disambut tak lama lagi.

“Dapat masuk ke rumah baharu ini saya anggap hadiah paling terindah buat saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut pelakon dan usahawan itu, kediaman tersebut tidak hanya didiami bersama suami, Zain Saidin dan tiga anak, malah dia turut mengajak ibu dan ibu mentuanya tinggal sebumbung.

Akui bintang Kiah Pekasam itu, ramai dalam kalangan individu rapat dengannya termasuk suami sendiri terkejut apabila dia memaklumkan keinginan mengumpulkan keluarga besarnya dalam satu kediaman.

“Zain sendiri terkejut dan tak sangka saya nekad mengajak ibunya turut tinggal bersama kami, begitu juga rakan rapat yang bertanyakan semula perkara ini apabila saya menyatakan hasrat berkenaan.

“Mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tak sal4h mengajaknya duduk sekali di rumah kami.

“Keadaan kesihatannya sejak kebelakangan ini pun tak bagus selepas menjalani pemb3dahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila sebumbung nanti,” katanya.

Pengasas bersama empayar perniagaan Inai Che Ta itu berkata, Zain pada awalnya bimbang ibunya boleh menjadi beban, namun dia pantas menepis tanggapan suaminya.

“Saya tak pernah berfikir begitu terhadap sesiapa pun yang berada di bawah tanggungan selama ini kerana percaya Allah memberi kita rezeki kita melalui orang lain.

“Mak pun tak cerew3t dan mudah diurus. Dia tidak cerewet. Pada usia 76 tahun, dia makan apa saja yang dihidangkan. Orang tua makan banyak mana sangat pun selain dia enggan menyusahkan saya dan pembantu rumah.

“Selama ini, ketika tinggal dengan Sasha Saidin dia memang sangat kuat dan kental. Dialah yang memandu kereta menghantar cucu ke sekolah, kelas taekwondo dan membeli barangan harian.

“Tetapi sejak kesihatannya terganggu selepas terjatuh dan mengalami masalah pinggul retak hingga terpaksa jalani pembedahan, keadaannya menjadi lemah,” kongsinya lagi.

Pada masa sama Che Ta mengakui ibunya turut menyambut baik usaha mengajak mentua tinggal bersama mereka yang dikatakan boleh menjadi kawan berbual.

“Cuma lucunya, apabila ibu dan mentua bersembang, masing-masing macam ayam dan itik apabila seorang cakap Melayu, seorang lagi berbahasa Inggeris. Saya pun terhibur melihat gelagat mereka,” tambah Che Ta.

Terdahulu, aktres jelita ini meraikan hari jadinya dengan tema menuju ke syurga yang dihadiri keluarga, teman akrab dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di sebuah premis terkemuka di ibu kota.

Mengenai kejutan hadiah hari lahir mengerjakan umrah tajaan teman niaganya, Anas Zahrin, Che Ta belum dapat memberikan kata putus tarikh ke Tanah Suci.

“Awalnya, saya bercadang nak menunaikan umrah sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran tahun ini tetapi tak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.

“Mungkin masa terbaik kalau diizinkan, saya nak ajak suami ke sana pada 10 terakhir Ramadan. Harap niat itu dipermudahkan,” katanya yang turut terbabit mengacarakan program masakan, Rasa.

 

video:

KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Diana Danielle mohon cer41, dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga tapi FaridKamil enggan lafaz talak…

Published

on

By

DUNIA hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga artis apabila pelakon Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil awal bulan lalu.

Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.

Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.

Diana bersama dua orang anaknya.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

“Mana hati budi…” – Ali Puteh terkejut dapat notis m4hkamah, pelik rumah ibu pula bakal disit4

Published

on

By

Pelawak sensasi Ali Puteh terkejut apabila menerima notis daripada pihak mahkamah berhubung perintah sita kediaman arwah ibunya, Sabariah Arshad yang terletak di Gombak, Selangor.

Menurut Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia hairan kerana hutang bayaran RM60,000 kepada kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali dan harta milik arwah ibunya adalah dua perkara berbeza.

Saya pun terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik saya mengatakan rumah arw4h mak saya.. mahkamah keluarkan perintah untuk menyita. 

“Jadi saya peliklah, ini harta arw4h mak saya, kenapa pula untuk dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Yang menjadi kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya.

“Tapi saya pelik, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes saya dengan balu arw4h abang saya yang RM60,000 tu. 

“Rumah arw4h mak saya ini adalah di atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau.

“Dengan sitaan m4hkamah, surat bercop daripada mahkamah. Benda ini tak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak sebenarnya bukan, saya dah tekankan.. kes ini berlainan,” katanya.

Pelawak berusia 34 tahun itu berkata demikian menerusi satu temu bual eksklusif bersama program hiburan, Melodi yang disiarkan hari ini.

Sementara itu, Ali memaklumkan dia memilih untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan isu yang sedia ada.

“Saya diam bukan sebab saya takut, tidak. Sebab kita tak nak keruhkan keadaan lagi. Cukuplah orang maki hamun saya, bertahun dah…

“…dah tiga tahun orang m4ki h4mun saya sebab keluar dari mahkamah kalah, cakap apa pun takkan betul. Percayalah cakap saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai ganti rugi RM60,000 tersebut, dia mengakui masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Hidayah memandangkan sukar untuk meraih pendapatan buat ketika ini.

“Banyak yang tanya RM60,000 itu dah bayar ke belum. Memang belum buat bayaran pasal kes ini pendapatan kerja saya dah tak macam dulu. Kerja atau show dah tak ada, susah. 

“Bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 tu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak campak sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya tak ada langsung.

“Mungkin kita cuba akan membayar secara ansuran,” kongsi Ali.

Terdahulu, Ali gagal dalam rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang diperintahkan untuk membayar ganti rugi berkenaan kerana memfitnah ibu tunggal anak satu itu di laman Instagram, dua tahun lalu.

Sumber: TikTok @melodiberapi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Hiburan

“Saya nekad unuk melangkah ke depan tanpa …” – Shuhada mahu teruskan hidup, berterima kasih kepada Aliff Syukri

Published

on

By

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia tidak mahu lagi berpaling ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan tanpa sebarang perasaan dendam.

Shuhada, 29, berkata, dia kini hanya memikirkan tentang anak-anak dan ibu bapanya yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya.

Katanya lagi, dia mahu berusaha memberi kesenangan buat keluarga biarpun sedar dia masih belum sempurna.

“Saya nekad unuk melangkah ke depan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar saya teruskan perjalanan tanpa perasaan dendam.

Shuhada mahu meneruskan hidup demi anak-anak.

“Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah dan Umar, serta kedua ibu bapa saya. Saya sedar diri tidak sempurna.

“Tapi saya nekad demi anak-anak untuk mencari kesenangan buat mereka,” katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shuhada turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Datuk Aliff Syukri kerana memberikan peluang untuk dia menjadi duta tudung milik usahawan itu.

“Terima kasih buat Aliff Syukri kerana memberi saya kesempatan menjadi duta serta model jenama tudung Datuk,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff berkongsi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya dan memberikan nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.

Shuhada lebih bersemangat untuk mencari rezeki sendiri.

Usahawan itu juga memberitahu bahawa dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 206 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar kini berusia dua tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebuat pada 21 Mac ini.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.